Tokti beri nasihat pada artis2 bbnu supaya jangan lari dan seharusnya pergi berjumpa pihak berkenaan.

KUALA LUMPUR: “Jangan lari… Pergilah berjumpa dengan pegawai.” Itu nasihat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengulas isu segelintir artis baharu atau digelar ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang dikatakan berdepan masalah cukai dan belum berdaftar dengan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mengaku pernah berdepan masalah percukaian ketika mula menyanyi, Siti berkata, pengurus atau pihak yang menyelia artis perlu segera memberi ingatan berhubung isu pembayaran cukai sebelum keadaan menjadi lebih sukar.

“Saya tahu kadang-kadang adik-adik kita ini apabila sampai ke suatu tahap, mereka terlepas pandang untuk menunaikan tanggungjawab ini. “Sekarang, semuanya sangat mudah di mana urusan boleh diselesaikan atas talian, kita buat sendiri taksiran.

“Jadi, saya fikir, perlu ada seseorang yang mengingatkan mereka (artis baharu) kerana selain tidak ada masa, mereka mungkin tidak terfikir perihal cukai ini,” katanya kepada BH Online. Siti mengaku sebelum ini, dia pernah terlepas pandang mengenai urusan percukaian.

“Mujurlah orang-orang yang dekat dengan saya membantu mengingatkan dan membuat persediaan sebelum kita mendapat surat meminta kita menjelaskan cukai dalam jumlah yang sangat besar,” katanya. Berdasarkan pengalaman, penyanyi Anta Permana ini yakin isu cukai dalam kalangan artis boleh diselesaikan asalkan selebriti mempunyai kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab itu.

“Kalau ada yang masih tidak tahu apa-apa mengenai pembayaran cukai, pergi saja ke LHDN dan minta pandangan mereka. “Saya percaya artis adalah insan bertimbang rasa dan boleh membantu memberi kefahaman,” katanya yang melancarkan koleksi busana di majlis Creacion Private View Fashion Show by Siti Nurhaliza di sini, kelmarin.

Masalah cukai pendapatan Nelydia selesai

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose mendakwa sudah menyelesaikan masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan berharap isu itu tidak diperbesarkan. Nelydia, 23, mengaku ‘terlepas pandang’ beberapa perkara berhubung prosedur

percukaian hingga LHDN mengeluarkan wran tgkp ke atasnya, bulan lalu. “Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN. “Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang.

Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini, dunia hiburan gempar apabila LHDN mengeluarkan wran tgkap terhadap Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen selepas pelakon jelita itu tidak hadir dalam prosiding

kes gagal mengemukakan cukai pendapatan. Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Dia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Nelydia turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Pelakon itu berkata, isu cukai pendapatan berkenaan diselesaikan sekembalinya ke tanah air selepas bercuti, baru-baru ini. Ketika wraannnn tgkaapppp dikeluarkan, Nelydia bercuti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Sumber : Hmetro

Author: fafa