Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila2 masa je, jangan riak.

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter miliknya. Pelakon berusia 25 tahun ini telah berkongsi gambar ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.

“Jangan brag lah if you have great skin. U will experience terrible breakout one day. I never had a single zits. Dari kecik sampai i 23. And i berlagak gila. Lepastu boom. Breakout whole face”tulisnya. Kongsi Fatin, dia dahulu bersikap riak kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus namun ada suatu ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.

Dalam pada itu, Fatin turut menasihati kepada peminatnya untuk tidak bersikap riak jika memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus. “Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh”tulisnya.

Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh 

Ada betulnya juga kata-kata yang telah dikongsi Fatin, semoga perkongsian Fatin dapat dijadikan pengajaran kepada semua.

SumFoto : Twitter Fatin Afeefa 

Kisah Silam Fatin Afeefa Undang Persoalan Netizen

Pasti ramai yang tahu pelakon Fatin Afeefa yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan  mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun, namun perkahwinannya bersama pelakon Adam Shahz hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Baru-baru ini, Fatin berkongsikan gambar bersama anak sulungnya, Adam Aisy Arrian yang baru saja menyambut ulang tahun yang ke-6. Fatin turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan hadiah paling bermakna dalam hidup iaitu putera sulungnya.

Bagaimanapun, posting tersebut menjadi perhatian netizen yang mempersoalkan adakah anak sulungnya itu hasil dari perkahwinannya dengan bekas suami, Adam Shahz. Fatin menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan bukan dari ‘lelaki’ tersebut.

Segala persoalan dari netizen dijawab tenang oleh Fatin yang menyatakan bahawa dia pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun hanya perkahwinan keduanya sahaja yang dikongsikan kepada umum. Fatin juga mengatakan anak sulungnya itu adalah hasil dari perkahwinan pertamanya yang tidak pernah didedahkan. Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Adam pernah mengejutkan netizen apabila mendedahkan anak sulung mereka itu merupakan anak angkat.

Author: fafa