Tukar gear P di lampu isyarat boleh menyebabkan Gearbox cepat rosak. Tips untuk elak Gearbox cepat rosak.

Memandu kereta automatik adalah lebih mudah berbanding kereta manual tetapi beberapa langkah perlu dilakukan supaya gear kereta anda lebih terjaga. Tukar gear auto dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada gearbox dan kos baik pulih gearbox agak mahal.
Ikuti perkongsian dari Legacy Secret Trading mengenai cara penggunaan gear automatik yang betul kerana ramai yang tidak tahu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul…. Ramai yang Selalu Tersilap! Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearboxanda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT.. Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bilaberhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverseakan nyala sekejap. Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon-hon je.

Tertekan pedal minyakdulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak. Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer) 3. Tarik hand break. lepas brek kaki.

Bila nak jalan balik: 1. tekan brek2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer) 3. lepas hand brek. 4. lepas brek kaki 5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR. 1. tekan tombol semasa menukar P > R ,R > PR > NN > RD > L/D2L/D2 > D.

2. jangan sesekali tekan antara N > DD > ND > D3D3 > D
KENAPA? Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N.

Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gearterus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak kegear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak.

akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear. p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto: P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik. R – reverse, untuk mengundur kereta anda.

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear. D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear

4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj. 3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3. 2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidakakan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu. L – Low gear, gear pertama. KLIK “SHARE” SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT

Sumber: Faten Raihanah, Siakapkeli

Author: fafa