Tular gadis ini larikan Si Oyen dalam berita. Kakak baju putih dedahkan perkara yang berlaku di sebalik kejadian itu.

Maya dan kucingnya menjadi perhatian selepas muncul dalam sebahagian rakaman berita yang disiarkan secara langsung. SEORANG wanita berbaju putih menjadi perhatian susulan muncul dalam rakaman berita mengenai tinjauan orang ramai menggunakan lebuh raya, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan orang ramai merentas negeri.

Kelibatnya yang berlari-lari anak sambil memegang seekor kucing ketika pemantauan dibuat anggota polis dan tentera menjadi tanda tanya. “Yang tiba-tiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa?” tulis seorang pengguna Twitter @Ijulnaim yang memuat naik sedutan klip video berita TV3 itu sehingga diulang kicau lebih 30,000 kali.

Rupa-rupanya, ‘Akak baju putih’ itu sebenarnya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Maya menerima jolokan ‘Akak baju putih’ susulan klip video menjadi tular di media sosial.

Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Mayamin Husna Hisham berkata, kejadian tersebut berlaku pada tengah hari Sabtu semasa singgah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh. “Ketika itu saya tumpang kereta keluarga kawan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Sabak Bernam. Kucing yang saya pegang tu milik saya, dibela sejak setahun lalu.

“Saya jumpa kucing tu di luar kafe siber dan saya namakannya Neski sempena nama kafe siber tu. Saya bawa Neski dan dua anaknya untuk balik ke kampung,” kata Mayamin atau lebih mesra dengan panggilan Maya kepada mStar.

Maya memaklumkan kucing tersebut adalah miliknya. Maya berkata, sewaktu singgah di R&R, dia mendapati kucing betinanya itu kencing dan tentu sekali dia perlu membersihkan sangkar haiwan itu sebelum meneruskan perjalanan.

“Mula-mula saya bersihkan sangkar dulu menggunakan kemudahan air di kawasan anjung sebelum saya bersihkan Neski pula. “Lepas bersihkan Neski tu, saya nampak ramai abang-abang polis dan tentera buat pemantauan. Tiba-tiba saya jadi takut sebab fikir adakah saya buat salah ke.

Diberi nama Neski sempena nama sebuah kafe siber, di lokasi ia ditemui oleh Maya di hadapan premis berkenaan. “Sebab tu dalam rakaman tu nampak saya berlari-lari anak sebab saya rasa nervous ada kehadiran anggota polis dan tentera, dan pada masa sama tak nak kucing yang baru dibersihkan tu kena pada baju putih saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Maya bagaimanapun tidak menyedari aksinya itu dirakamkan oleh petugas TV3 dan menjadikannya sebahagian rakaman menerusi berita yang disiarkan secara langsung. Saya berlari-lari anak sebab rasa nervous ada kehadiran anggota polis dan tentera, dan pada masa sama tak nak kucing yang baru dibersihkan tu kena pada baju putih saya

“Masa tu memang saya dengan mak duduk depan TV, tapi saya leka tengok telefon. Tiba-tiba mak kata ‘Eh tu macam kamu je’. Bila saya tengok siaran berita, rakaman dah berubah jadi tak nampak pun imej saya tu. “Saya hanya sedar apabila klip rakaman tersebut dikongsikan di media sosial dan menjadi tular. Bila tengok diri sendiri lari terkedek-kedek rasa kelakar. Apapun, itu kucing saya ya, bukan lari sebab saya curi kucing,” katanya.

Maya membela Neski sejak setahun lalu. Maya yang bertuags sebagai pembantu tadbir di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagaimanapun mengakui agak gementar melihat kehadiran ramai anggota polis dan tentera ketika itu.

“Tak tahu kenapa, bukannya saya buat salah pun. Tapi bila tengok ada ramai polis dan tentera, saya jadi cemas… rasa macam fobia. Sebenarnya dari dulu pun macam tu. “Walaupun bukan saya yang memandu kerana belum ada lesan memandu, setiap kali ada roadblock (sekatan jalan raya) yang dibuat oleh pihak polis… saya akan pura-pura tidur sebab nak hilangkan rasa takut tu,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber:mstar

Sejak akhir-akhir ini, tak dinafikan bahawa ada sahaja perkara yang mencuit hati ramai tatkala program laporan berita sedang berlangsung di kaca TV. Sama ada perkara itu dirancang ataupun tak disengajakan, trend tersebut nyata telah menjadi bualan hangat di media sosial seperti kisah seekor kucing dan tuannya baru-baru ini.

Tiba-tiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa?

Ekoran perjalanan rentas negeri telah dibenarkan semula sejak pelaksanaan PKPP, malam tadi Buletin TV3 telah menyiarkan liputan di sekitar R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk memantau keadaan semasa serta mendapatkan respon orang awam.

Namun tanpa disangka-sangka, kelibat seorang gadis yang berlari sambil membawa seekor kucing berwarna oren dalam keadaan tergesa-gesa telah berjaya mendapat tumpuan ramai. Tak yang tetiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa .

Oyen ingkar SOP…tuan dia pun sama ikut huru-hara

Rakaman yang tak sampai 3 saat itu nyata telah membuatkan ramai terhibur sekali gus menjadi tular di laman Twitter. Di samping terhibur dengan gelagat wanita berbaju putih terbabit, rata-rata warga net juga berseloroh tentang haiwan itu kerana sering terkenal ‘menimbulkan masalah’.

Rupanya nak bersihkan ‘oyen’ daripada kotoran

Susulan itu, gadis yang dikenali sebagai Maya ini telah tampil mendedahkan cerita di sebalik keadaan tergesa-gesa seperti dalam rakaman berita itu. Ujarnya haiwan comel tersebut memang merupakan kucing peliharaannya dan mahu segera dibersihkan selepas terkena kotoran ketika berada dalam kereta.

Sumber:kisahdunia

Author: Editor