Tular gelagat biadap remaja mengganggu warga emas yang diperlakukan seperti budak2 mengundang kemarahan ntizen.

Viral di media sosial video sekumpulan remaja mengganggu seorang lelaki warga emas di Sijangkang, Selangor, mengundang kemarahan warga netizen. Dalam kejadian itu, sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa dan mengacah-acah nak menjatuhkan motosikal sebelum melepaskan motosikal itu sehingga terkena pada kaki mangsa.

Warga emas itu terpaksa mengangkat motosikalnya sendiri. Ketika mahu menghidup enjin motosikal, remaja yang sama membaling kotak ke arah mangsa, selain cuba meletakkan sampah di atas kepala mangsa.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersendakan mangsa dan langsung tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Video yang dirakam oleh salah seorang remaja dari kumpulan berkenaan kemudian dimuat naik di media sosial dan akibatnya, ahli keluarga mangsa bersama dengan penduduk kampung mencari remaja-remaja terbabit.  Setelah dikenal pasti, remaja-remaja terbabit ditangkap dan berdepan dengan ahli keluarga mangsa yang mempersoalkan tindakan kurang ajar mereka.

”Kenapa Kau Buat Bapak Aku Macam Tu?”

Video yang dirakam oleh salah seorang suspek itu tersebar setelah dia memuat naik perbuatan mereka di laman sosial dan mengundang kecaman netizen. Di dalam video tersebut, seorang remaja berbaju hitam mempermainkan warga emas itu dengan duduk di atas motosikal

mangsa dan menjatuhkan motosikal tersebut menyebabkan ia hampir menimpa kaki mangsa. Remaja berkenaan kemudiannya mencampakkan sekeping kotak ke arah mangsa sebelum ditepis. Suspek juga dilihat cuba meletakkan bekas makanan terbuang ke atas kepala warga emas terbabit.

Ketika warga emas tersebut cuba beredar dari situ, kumpulan remaja tersebut mengejek-ngejek dan memprovok mangsa. Warga emas tersebut yang mempunyai masalah kesihatan akibat terlibat dengan kejadian di jalan raya sebelum ini dikatakan ramah dan suka menyapa budak-budak.

Akibat berang dengan tindakan kumpulan remaja tersebut, orang ramai berkumpul dan ‘melawat’ remaja tersebut di rumahnya.

Nikmat sihat tu sementara je dik. Allah boleh tarik bila-bila masa je. Hari ini kau ganggu dan perlekehkan orang yang lemah dari kau, esok lusa belum tentu kau mampu cuci najis sendiri. Tidak diketahui apa nasib mereka selepas itu.

Sumber: Mohammad Khairul Jacksparrow

‘Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri, tiada dendam’

Mohd Mudakir Abdul Wahid, 59, yang menjadi mangsa gangguan sekumpulan remaja lelaki di Batu 7, Kampung Sijangkang, Banting, sudah memaafkan kesemua remaja terbabit dan enggan memanjangkan lagi perkara itu, lapor Harian Metro. 

“Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri dan tidak sesekali menyimpan dendam. Ia sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya. Menjelaskan mengenai perkara itu, Mohd Mudakir berkata, dia pada awalnya mahu menegur kumpulan remaja itu

yang melepak di kawasan parkir pada 7 Mei lalu, supaya melakukan aktiviti berfaedah terutamanya menunaikan solat lebih-lebih lagi ketika di bulan ramadan, sebelum menjadi mangsa gangguan mereka. Katanya, dia tidak menjangkakan kejadian itu akan tersebar dan mengakui terkejut

apabila rumahnya didatangi lima remaja terbabit bersama keluarga serta penduduk kampung malam tadi. “Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya memaafkan perbuatan mereka. Mereka hanya budak-budak dan saya turut mengenali ibu bapa mereka yang juga merupakan

penduduk kampung sama. “Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis. Mereka mungkin berniat untuk bergurau, namun agak melampaui batas,” katanya. Sementara itu, adiknya, Hairuzaman, 47, berkata, abangnya mula mengalami masalah lembam selepas terbabit dalam kejadian ketika menunggang motosikal ke tempat

kerja pada Disember 1985. Mengulas mengenai kejadian itu, dia dan keluarga kecewa dengan tindakan remaja terbabit tetapi mengambil langkah untuk memaafkan mereka semua serta berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran kepada mereka. 

Sumber: Harian Metro

Author: fafa