Tular wanita bersalin dalam Bas Express membuatkan pemandu dan penumpang cemas.

TAPAH – “Baru enam bulan saya bekerja, tak sangka akan berdepan situasi mendebarkan seperti ini,” kata Mohamad Faisal SH Omar, 28, pemandu kedua sebuah bas ekspres yang tular di media sosial gara-gara seorang penumpangnya melahirkan seorang bayi, semalam.

Bas ekspres berkenaan menghala ke Ipoh dari Batu Pahat telah singgah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur untuk mengambil penumpang seterusnya. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan dalam bas ketika

kenderaan berkenaan melalui kawasan Ladang Bikam, Sungkai. Mohammad Faisal ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku ketika bas yang membawa 11 penumpang dan dia ketika itu sedang tidur di kerusi hadapan. Terkejut apabila diberitahu rakan pemandunya ada kecemasan

apabila seorang lelaki memaklumkan isterinya berusia lingkungan 20-an telah bersalin. “Keadaan ketika itu agak kelam kabut, kami segera hubungi ambulans dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah untuk mendapatkan bantuan.

“Sementara menanti ambulans tiba, bayi berkenaan dipangku seorang penumpang wanita lain sementara ibunya yang duduk di tempat duduk belakang ditemani beberapa penumpang wanita, mungkin mereka yang membantu sepanjang proses kelahiran,” katanya.

Gambar yang dikongsi di media sosial Facebook. Mohammad Faisal berkata, wanita itu bersama pasangannya menaiki bas berkenaan dari TBS untuk ke Ipoh. “Kebetulan dalam perjalanan ini, dia sudah sakit untuk bersalin, walaupun kejadian ini agak mengejutkan,

kami bersyukur dan lega kerana ibu dan bayinya berada dalam keadaan selamat,” katanya. Beberapa keping gambar dan video mengenai kejadian itu tular dalam media sosial Facebook sejak ia dimuat naik semalam dengan mendapat pelbagai reaksi positif pengguna lain.

Wanita itu dan bayi perempuannya dihantar ke Hospital Tapah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Pasangan suami isteri yang ditemui di hospital berkenaan bagaimanapun enggan mengulas kejadian itu. Mereka memaklumkan, laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat agar video dan gambar berhubung kejadian itu tidak lagi disebarkan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat suami isteri berkenaan, sekitar jam 3.30 petang tadi.

Pemandu, penumpang sambut kelahiran bayi di dalam bas

Sebelas penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres gempar apabila salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Ipoh semalam. Beberapa keping gambar dan video mengenai kejadian tersebut tular di

media sosial sejak ia dimuat naik sejak kemarin. Menurut pemandu kedua bas berkenaan, Mohammad Faizal Sh Omar, wanita hamil itu dan suaminya menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur untuk ke Ipoh.

“Ketika melalui kawasan Ladang Bikam di Sungkai kira-kira pada pukul 5.30 petang, suami wanita tersebut memaklumkan dia mula berasa sakit untuk bersalin. “Sebelum itu, saya sedang tidur dan kemudiannya dikejutkan oleh pemandu bas mengenai keadaan wanita itu.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut didapati telah bersalin di tempat duduk di bahagian belakang bas,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Tambah Mohammad Faizal, pemandu kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan lanjut. 

“Bas berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sementara menunggu ambulans tiba dan bayi tersebut dipangku penumpang bas lain. “Beberapa penumpang wanita lain ada membantu ibu semasa proses bersalin. Kejadian ini agak mengejutkan saya yang baru bekerja kira-kira

enam bulan sebagai pemandu bas,” katanya. Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan yang ditemui di wad kanak-kanak Hospital Tapah enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan memaklumkan laporan polis telah dibuat bagi meminta video dan gambar yang dimuat naik di laman sosial tidak terus disebarkan. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis tersebut yang dibuat di Balai Tapah hari ini. “Laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa bayi itu pada pukul 3.30 petang tadi supaya mengambil tindakan agar video dan gambar kejadian itu tidak disebarkan,” katanya

Author: fafa