Ucapan menyentuh hati Lee Chong Wei buat isteri

Pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei mengakui bersyukur apabila dipertemukan dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo. Menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG), Chong Wei menjelaskan isterinya merupakan sumber inspirasinya untuk berjaya dalam bidang sukan.

“Today is 1st of May. Labour Day and also the birthday of the most important person in my life. Poor her, non stop working for my family, even on Labour Day. “Ever since I met her during our teenage years, I knew I met the most beautiful girl in my life.

Little I knew she had the most beautiful heart as well. “Many said its lucky to be Lee Chong Wei’s missus . But let me get it straight, it’s due to her that Lee Chong Wei is who he is today. I owe her so much.  “She was there for me when I was a nobody. She inspired me to work harder.

She carried me during my darkest hours due to illness and she gave me the two little precious naughty rascals, Kingston and Terrance. Lucky me, isn’t it . “Happy birthday, my lovely Wife. I promise you I won’t leave you so early yet. Let’s grow old together and celebrate many many more birthday of yours. Oh ya, with that two monkeys. Haha,” tulisnya.

Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kingston, 6, dan Terrance yang kini berusia empat tahun. Berakhirnya era seorang legenda – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Pengumuman kesediaan ratu skuasy negara Datuk Nicol David bersara dalam arena sukan adalah berakhirnya satu era legenda bagi seorang atlet terkemuka dunia. Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan Nicol yang pernah bergelar pemain nombor satu dunia

selama sembilan tahun merupakan satu pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana-mana atlet. Chong Wei berkata Nicol merupakan ‘superstar’ yang dikenali di seluruh dunia dan atlet berusia 35 tahun itu adalah contoh terbaik, yang mana kejayaannya kerap menjuarai kejohanan dunia telah memberikan inspirasi kepada semua atlet di dalam dan luar negara.

“Kami satu ‘batch’. Mengenali Nicol, beliau adalah seorang atlet yang mempunyai cita-cita tinggi dan tidak mudah berputus asa. “Semua orang tahu pencapaian beliau sembilan tahun bergelar pemain nombor satu dunia adalah pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana-mana atlet.

Kita perlu hormati keputusannya. Mana-mana atlet sampai masanya dia akan bersara. “Saya berharap beliau terus menabur bakti berkongsi pengalaman dengan membantu pemain-pemain muda negara. Sekiranya beliau mahu fokus kepada bidang perniagaan, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Chong Wei berkata negara akan kehilangan seorang bintang yang mempunyai pakej lengkap dalam sukan dan keperibadiannya yang profesional sentiasa disanjung tinggi. Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicol mengambil keputusan untuk bersara selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berakhir pada Jun ini dan beliau sudah lama memikirkan perkara itu.

Author: fafa