Uncle Kentang tetap tidak patah semangat sebar kebaikan walaupun digelar anjing dan tak layak tolong orang.

Pasti ramai yang masih ingat dengan seorang lelaki cina, yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng. ‘Uncle Kentang’ ini dikenali kerana dengan kerja-kerja amal yang dilakukan, iaitu membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik

daripada pelbagai jenis bantuan termasuk makanan, perkhidmatan dan pendidikan. Namun, lumrah manusia mesti akan ada sahaja yang nampak buruk di mata, menerusi muat naik status di Facebook Uncle Kentang dia telah meluahkan rasa kesal kerana dituduh pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Saya seekor anjing, suka menunjuk…”

Menurutnya, dia telah menerima tohmahan dan kata-kata kesat oleh seorang individu yang bergelar ahli politik, yang tergamak menyamakannya dengan anjing. Malah, individu terbabit juga menuduhnya hanyalah mahu

menunjuk-nunjuk kebaikan yang telah dilakukan, sehingga mengatakan dia tidak layak untuk menolong orang. “Dia kata saya tak layak tolong orang kerana saya banyak bising dalam Facebook dan selalu tunjuk di Facebook apa saya buat…”

Kita hentikanlah politik dan perkauman, sebar kebaikkan… Kesal dengan tindakan individu tersebut, Uncle Kentang menyeru agar hentikan kepentingan politik dan perkauman dalam usaha melaksanakan kerja-kerja amal. “Kita hentikan perkauman, Kita akan jadi lebih maju lebih kuat, ekonomi lebih stabil…”

Sebarkan kebaikkan, bukan kebencian…

Baginya kebaikkan yang dilakukan tidak perlu dikaitkan dengan unsur politik, kerana ia hanyalah menyebarkan kebencian bukan membantu untuk membentuk perpaduan. “Let us help and spread more kindness and not hate. stop politics and Malaysia will be the best.

We will talk politics during election, not now. Now, is to seek and hunt more poor people and sick people to help them...” Saya akan tetap bantu Tambahnya, walau apa sekalipun hinaan yang diterima, dia tetap tidak akan pernah mengenal erti berputus dalam menjalankan misi-misi

bantuan kepada golongan yang memerlukan.“Yes I am a pariah and i am a dog and I will keep on helping the hungry…” Kebaikan tidak mengira agama dan kaum, sebagai manusia kita seharusnya memberi sokongan serta dorongan kepada golongan prihatin jika kita tidak mampu melakukan.

Sumber : Omm

Author: fafa