Usia bukan penghalang. Gadis cantik ini bakal nikahi duda 30 tahun lebih tua.

Sebalik kemanisan cinta itu, Raduan Yaakob, 50, boleh dikatakan cukup bertuah apabila berjaya menawan hati seorang gadis, Nor Fatim Aisyah Mohd. Noor yang jauh lebih muda sebagai peneman hidup. Malah pesara kerajaan itu juga sama sekali tidak menyangka akan menamatkan zaman

dudanya apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 20 tahun itu pada 29 Disember ini. Majlis perkahwinan antara duda anak empat itu dengan Nor Fatim Aisyah akan diadakan di rumah gadis itu di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh.

Menyingkap kembali kisah cinta mereka yang dari kampung sama, Raduan berkata, dia mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu apabila wanita tersebut berkerja dengannya. “Saya mengusahakan perniagaan katering di sekitar Pahang dan Kelantan.

Nor Fatim pada masa itu baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). “Pertama kali bertentang mata, saya mula jatuh cinta dan tidak sangka saya tidak bertepuk sebelah tangan apabila Fatim juga mempunyai perasaan sama meskipun usia kami berbeza

30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Katanya, dia ada bergurau dengan ibu bapa Fatim untuk melamar gadis itu. “Tidak sangka semuanya menjadi sempurna apabila perjalanan cinta kami bakal dinoktahkan dengan perkahwinan.

Saya meminang Fatim pada bulan Jun lalu selepas berkenalan lebih setahun,” katanya. Tambah Raduan, dia bersyukur apabila keempat-empat anaknya menerima Nor Fatim sebagai ibu tiri mereka meskipun bakal isterinya itu masih muda.

Sementara itu, Nor Fatim berkata, dia memilih Raduan sebagai suaminya kerana sifat penyayang, tanggungjawab serta matangnya. “Dia betul-betul amat menyayangi saya. Saya amat bersyukur ditemukan jodoh dengan Raduan.

Perkahwinan ini terjadi adalah takdir Allah, jika Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tidak akan terjadi. “Saya berharap perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke jannah dan keputusan untuk menjadi isterinya adalah dari hati yang ikhlas, ” katanya. – K! ONLINE

Jarak usia berbeza,.adakah jadi penghalang?

Assalamualaikum,.. Masih belum terlambat CN nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada semuaa, CN tau memang sangatlah terlewat CN nak post entri,. sebab tu CN senyap je, menyepikan diri dari post entri yang penuh dengan gambar,.

Errmm,.nak luahkan kat sini,.dan mungkin luahan ini menimbulkan persoalan pada antum semua,.sebelum tu, nak bagi rangka cerita dulu,.” Kalau korang kenal dengan someone,.adakah jarak usia menjadi satu kepentingan bagi korang?

adakah umur yang jauh beza menyebabkan kita terpaksa membenamkan kembali perasaan terhadap seseorang yang baruuuu je mula nak berputik? “,.~ haihh, sori, bahasa lintang-pukang,. sori sori ~ sebab CN taip entri luahan biasanya entri yang datang terussss dari hati,.

jadi, ayat sedikit tunggang-langgang,semua nak taip..huhu ~ Senang cite camni la,. kalau korang : Perempuan : pasangan korang 4 5 tahun lebih muda,. kalau setaon muda, tak kesah sangat..tapi kalau jejak 4 5 6 tahun tu, camne ye?,.boleh terima tak? ~

contoh paling dekat antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Saiyidatina Khadijah a.s ~ Lelaki : sebaliknya la pulak,. pasangan korang lebih berumur,.. jarak usia mungkin 7 8 tahun tua dari usia korang,. err, okey ke tak?,. hihi,. ermm, agak pelik kan?,. tapi kalau dah namanya JODOH, ia TAK MUSTAHIL,…

~ Jodoh semua di tanganNYA,. ~Orang kate, umur bukan penghalang, umur hanya nombor,. keserasian timbul bukan berdasarkan umur, tapi atas dasar persefahaman dan pengalaman.. macam-macam pandangan,. ade orang kate plak,. tak sesuai la wei, cam akak ngan adik plak,.

ade jugak yang kate, umur setahun jagung, ade hati nak yang matang,.ermm,mulut orang,.takkan boleh kite nak tutup.. Jadi, CN nak mintak pandangan korang pulak, idea or nasihat, tarbiah,. ape-ape je la, bantahan pon dipersilakan.. takpe, kite kongsi,.

mungkin ada antara pengalaman orang kat luar sana yang berkahwin dengan pasangan yang lebih tua, hidupnya sampai sekarang bahagia,. alhamdulillah,.dan ada jugak ibu bapa yang tak boleh terima hakikat camtu,. Jadi,apa kata korang? Jom kita kongsi…

Author: fafa