Video aksi sweet Risteena buat warganet patah hati. Selepas tular foto Ruhainies dengan kekasih, kali ini Risteena pula jadi teka teki warganet

Video aksi sweet Risteena buat warganet patah hati. Selepas tular foto Ruhainies dengan kekasih, kali ini Risteena pula menjadi teka teki warganet

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik, Nur Risteena berusia 29 tahun ini yang mana sering mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai drama. Malah Risteena juga dikenali sebagai kakak kepada selebriti popular, Ruhainies yang juga merupakan seorang pelakon wanita yang sering menjadi perhatian.

Posting Risteena jadi perhatian

Namun begitu, terbaru dilaman Instagram milik Risteena yang kini sudah mencecah jutaan pengikut membuatkan ada peminat tertanya-tanya siapakah individu yang berada dalam posting selebriti ini. Risteena menerusi laman sosial miliknya itu telah memuat naik satu rakaman video, bagaimanapun dia menerima pelbagai komen apabila aksi ‘sweet’ menjadi tumpuan ramai.

Malah kapsyen ditulis Risteena di posting berkenaan yang mana dia turut berterima kasih kepada individu tersebut membuatkan peminat tinggalkan komen, sweet. Dalam pada itu, peminatnya turut patah hati apabila Risteena berkongsikan video tersebut namun begitu, posting Risteena meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada peminat selain turut ada yang mendoakan agar cepat-cepat makan nasi minyak.

Sumber: Risteena via HCL

Risteena kahwin November ini

PELAKON, Nur Risteena dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada November ini dengan kekasihnya, yang juga bekas pelakon, Ikhwan Khairuddin. Risteena, 30, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara itu.

“Saya tak boleh komen apa-apa mengenainya buat masa sekarang kerana tumpuan pada penggambaran yang ‘back to back’. Namun, saya tidak mahu menafikan apa-apa kerana takut kalau ia benar-benar berlangsung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, jadual lakonan yang sangat padat membuatkannya tidak punya masa sesuai untuk berfikir mengenai perkahwinan.“Mungkin kalau semua kerja lakonan selesai dan saya pun dah tak terlalu sibuk, saya akan kongsikan mengenainya.

“Jadi, mohon kepada semua untuk menunggu kenyataan daripada saya sendiri,” katanya. Terbaru, Risteena baru saja selesai menjalani penggambaran drama Izinkan Aku Pulang bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan juga drama bersiri Instagram Anak Jebat.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Risteena Munim

Nama sebenarnya, Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas. Dikenali sebagai Risteena Munim. Dilahirkan pada 19 November 1989 di Kepala Batas, Pulau Pinang kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu).

Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Merupakan anak kedua daripada lima beradik. Dua adik perempuannya, Ruhainies dan Asha Zainul juga merupakan pelakon. Manakala kakaknya bernama Rahimah Sadrina, selain mempunyai seorang adik lelaki, Nul Aiman.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lendu, Melaka. Merupakan pelakon, model dan jurucakap produk yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012. Memulakan karier seni sebagai pelakon tambahan dan model sambilan di usia belasan tahun.

Antara drama yang mempopularkan namanya seperti Playboy Itu Suami Aku dan Menjinak Ombak. Lain-lain drama dibintanginya seperti Friday I’m In Love, Karlos, Diandra, Plan B, Alaa Bib, Cinta Teruna Kimchi, Demi Cinta Ain dan Ahmad Rosli Ketua Kampung.

Juga telefilem Girlfriend Kontrak, Bukan Cinta Monyet, Di Bawah Satu Langit, Terpaku Pontianak, Haji Tak Mabrur, Hantu Botox, Romantika Bulan Madu, Baju Berkancing Peniti, Kecoh Mami Jarum Beraya, Pintu No.9 Masjid Nabawi, Personal Shopper dan banyak lagi. Pembabitannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Mamak Cupcake, Chowrasta, Anak Mami Nasi Kandaq, Hantu Wangan, Qhaliq dan Blok 404.

Risteena berniqab kerana kulit menggelupas

PELAKON Risteena Munim mendedahkan kehadirannya memakai niqab sewaktu menghadiri kursus kahwin baru-baru ini bukanlah kerana mahu menyembunyikan identitinya.Katanya sewaktu dihubungi Harian Metro, mana mungkin orang yang sama-sama menghadiri kursus terbabit tidak mengenalinya memandangkan namanya turut disebut.

Menurut Risteena, dia terpaksa memakai niqab pada hari itu kerana kulit wajahnya mengelupas.“Siapa yang mengikuti perkembangan saya di Instagram tentu tahu saya ada buat rawatan wajah dua hari sebelum tarikh kursus kahwin.

“Antara kesan rawatan wajah yang saya lakukan itu adalah kulit menggelupas dalam tempoh tujuh hari.Disebabkan itu, saya terpaksa memakai niqab kerana kulit teruk. Takut nanti kalau saya tidak menutup muka orang akan berasa pelik dan takut,” katanya.

Sebelum ini, tunang Risteena, Ikhwan Khairudin yang juga seorang pelakon dan ahli perniagaan mengesahkan mereka akan bernikah pada November nanti selepas enam tahun bercinta.Bagaimanapun, Ikhwan masih merahsiakan tarikh sebenar pernikahan mereka kerana ia masih dalam perbincangan. Katanya lagi, dia memilih November memandangkan ia adalah bulan kelahiran Risteena. Pelakon cantik itu akan menyambut ulang tahun yang ke-30 pada 19 November nanti.

Risteena anak yang baik

BARU-BARU ini ibu kepada pelakon Risteena Munim dimasukkan ke hospital bagi menjalani operasi di tangan selepas mengalami kejadian tak diingini berlaku beberapa minggu lalu. Sepanjang ditempatkan di dalam wad hospital Risteena turut berkongsi beberapa keping gambar dia menjaga ibunya.

Ramai yang terharu dan memuji sikap Risteena yang bersusah payah menjaga ibunya, menghiaskan ibunya selepas mandi dan menyuapkan makanan.Cik Pang sendiri pun terharu apabila melihat gambar itu. Pada waktu sama berbisik dalam hati bertuah tunang Risteena juga pelakon, Ikhwan kerana bakal memperisterikan seorang yang sangat prihatin.

Kata orang kalau kita mahu mencari bakal isteri mahupun suami yang baik, kita lihat bagaimana dia melayani ibunya. Kalau dia melayan ibunya dengan baik begitu juga dia akan melayan isteri mahupun suaminya.Sebut pasal Risteena dan Ikhwan, pasti peminat kedua-dua pelakon ini tidak sabar mahu melihat mereka bersanding di atas pelamin.

Sebelum ini kedua-duanya memilih untuk bernikah pada Ogos lalu tetapi disebabkan jadual Risteena yang padat majlis pernikahan dan persandingan ditunda dan bakal diadakan November depan.Mesti pasangan yang bercairan merah manis ini sibuk membuat persiapan majlis pernikahan dan persandingan. Cik Pang harap jangan pula tarikh ditunda lagi. Biarlah kali ini jadi ya Risteena dan Ikhwan.

Author: pyka