Video aneh labah labah ini memiliki wajah seperti anjing

Kali ini kita akan menengahkan kisah tentang labah labah, bagi sesiapa arachonophobia artikel ini mungkin tidak sihat untuk anda, sebab anda takut dengan binatang bernama spider. Hehehe. Kali ini viral di media sosial apabila gambar seekor labah-labah

aneh dimuat naik di facebook. Gambar itu menjadi viral kerana wajahnya seakan akan seekor anjing. Ia dimuat naik ketika hari Halloween dan ramai yang menyangka labah-labah itu dipakaikan kostum berupa anjing tapi sebenarnya tidak.

Dalam gambar di atas, labah labah yang berwarna kuning dan hitam itu berdiri di atas sehelai daun. Di bahagian badannya ia seakan akan memiliki mata berwarna kuning dan hidung kehitaman sedang memandang anda. Ngeri tak? Dia memiliki 8 kaki yang amat panjang,

badan yang gelap dan kaki yang kekuningan. Bertambah ngeri apabila bintik kuning itu selari seolah olah mata yang sedang memandang anda. Ianya penemuan yang sangat ajaib kerana kebiasaannya labah labah berupa menakutkan tapi ini rupa yang sangat menarik seolah olah memakai kostum.

Ramai yang bertanya adakah gambar labah-labah ini telah di edit, kerana kebiasaan labah-labah mereka memiliki wajah menakutkan, mata yang gelap dan badan yang hitam atau coklat. Tapi labah labah ini amat berbeza. Namun orang yang mengupload gambar itu telah memaklumkan bahawa gambar itu asli dan tidak diedit mahupun diphotoshopped. Cantik kan?Kalau anda suka dengan content kami tolong like dan share serta comment.

Sumber: DUKU LANGSAT

Saintis Jumpa Labah-Labah Sebesar Tapak Tangan

GUYANA – AMERIKA SELATAN. Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana. Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

“Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak. “Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil,

mungkin tikus hutan atau tupai. Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya. “Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak. “Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi yang aneh,

tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah, tambahnya. Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan

bahagian selatan Venezuela. Spesis ini dikatakan boleh menyrangg dan memakan burung kelicap. Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing.

Sumber : Metro.co.uk

Author: fafa