Video cara isi minyak petrol yang betul. Salah satunya ialah isi mengikut liter

Ramai yang tak tau macam mana nak isi minyak semasa di  stesen minyak ..ini tips tips yang berguna pada kita agar kita tahu dan faham ..mungkin lepas ini kita dah tak kena tipu dan keselamatan semua orang termasuk diri sendiri serta keluarga terjaga.. Panduan dan langkah berhati hati harus kita

pupuk dan amalkan agar tidak terjadi kepada kita . jom saksikan dan simpan agar kita terselamat dari masalah yang berpunca dari kecuaian diri sendiri atau pun org lain. dapat jugak menolong sekiranya terjadi pada orang lain .. jom kita saksikan dan iktibar sesama kita sebagai satu lagi ilmu kenderaan pada kita.


Stesen Minyak di Jepun. Hos digantung supaya minyak tidak bertakung. Lebih petrol

4 Rahsia Isi Minyak Yang Anda Tidak Tahu

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

P/s: Suhu sejuk dapat mengurangkan petrol mengewap. Lebih petrol

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan, Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. 4. Isi minyak petrol ikut liter. Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.

Contoh: Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

p/s : Jangan lupa untuk padamkan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes tidak diingini yang sering berlaku di stesen minyak

Sumber: Bibirbergetar

Author: fafa