Video Farah Nabila umum akan kahwin Disember ini. Rupanya dia pilih seseorang yang tak dijangka sebagai teman hidup selepas 7 tahun berkawan.

Pelakon wanita yang telah berjaya mencuri tumpuan penonton dalam lakonannya bersama Fikry Ibrahim dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, 27, hari ini telah membuat satu sidang media tergempar. Menerusi Instagram rancangan perkahwinan popular di siaran TV3 iaitu Mahligai Cinta, Farah telah mengumumkan akan berkahwin dengan pasangannya  yang dikenali sebagai Amirul Yunus tidak lama lagi.

Persiapan hampir siap

Menurutnya, mereka akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama iaitu pada Disember depan. Farah juga mengakui bahawa persiapan sudah pun siap hampir 80% dan masing-masing sudah sepenuhnya bersedia menempuh alam rumahtangga.

Selain itu juga, Farah turut menjelaskan bahawa dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu majlis perkahwinan tersebut kerana pihak  Mahligai Cinta iaitu saluran TV3 telah mendapatkan hak penyiaran untuk majlis perkahwinannya nanti.

Semoga berbahagia selalu

Sehubungan dengan itu, para peminatnya berasa teruja dengan berita ini kerana umum sedia tahu Farah kerap dikaitkan dengan beberapa nama artis lelaki seperti Zul Ariffin dan juga Fikry Ibrahim. Pengumaman tersebut telah menjawab segala persoalan warganet berkenaan teman lelakinya yang dikenali sejak di kolej lagi. Mereka juga mengucapkan tahniah di atas berita baik ini dan berharap perkahwinannya kelak akan kekal hingga ke jannah.

Tahniah Farah & Amirul

Wahhh kenal sejak zaman kolej

Sumber : TV3 Malaysia

Farah cabar diri

NAMA Farah Nabilah, 27, amat dikenali di pentas lakonan. Namun, kali ini Farah sanggup mencabar dirinya untuk menyanyi bagi menjayakan persembahan mini sempena misi kemanusiaan Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF) khusus untuk membantu golongan memerlukan.

Farah yang juga Duta ADRF berkata, dia sanggup menyahut cabaran itu kerana mahu menampilkan sesuatu yang berbeza dalam menjayakan misi kemanusiaan. “Memang saya gementar apabila diminta menyanyi bersama rakan artis lain nanti. Ia juga kali pertama saya menyanyi depan orang ramai.

“Saya sanggup menyahut cabaran itu kerana percaya seseorang pelakon mesti ‘versatil’ dan boleh menyanyi seperti Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee,” katanya. Pelakon drama Titian Cinta itu berkata, dia juga akan mengikuti kelas vokal sebagai persediaan menjayakan persembahan itu nanti.

“Saya akan menyampaikan dua lagu iaitu Kelmarin dendangan kumpulan Seventeen dan I Never Love Again daripada Lady Gaga. “Pada mulanya, saya bimbang untuk menyanyi kerana saya juga pelakon. Namun, selepas berfikir panjang, saya yakin melakukannya demi tuntutan kerja amal ini,” katanya ketika ditemui di sidang media Mini Showcase In Love Kemanusiaan ADRF with Farah Nabilah & Friends di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan itu akan berlangsung di PWTC pada 28 April ini. Senarai artis yang dijangka terbabit pula, menurut Farah, ia masih dalam perbincangan lagi. “Saya sudah ada senarai artis yang bakal terbabit nanti. Kalau boleh saya mahu artis yang pernah berlakon sama seperti Zul Ariffin dan Fikry Ibrahim. Saya juga mengalu-alukan artis popular yang pernah buat program amal untuk turut sama menjayakan persembahan itu nanti,” katanya.

Ditanya bagaimana dia membahagikan masa pula, Farah berkata, dia tetap meluangkan masa untuk melakukan program amal walaupun agenda seninya padat. “Saya memang minat buat kerja amal sejak di bangku sekolah lagi. Ia juga platform terbaik menggunakan populariti yang ada untuk terbabit dengan misi kemanusiaan seperti ini,” katanya.

Namun, Farah menafikan dia terbabit dalam misi kemanusiaan ADRF untuk menceburi bidang politik seperti dakwaan segelintir pihak.“Persembahan itu hanya aktiviti sehari saja. Selain itu, saya juga akan ke Indonesia selama tiga hari untuk misi kemanusiaan di sana pada April nanti,” katanya.

Berlakon filem pertama

Farah akan terbabit dengan projek drama bersiri dan filem tidak lama lagi. Katanya, dia bakal bergandingan dengan Fikry sekali lagi selepas drama Cik Reen Encik Ngok Ngek untuk peng­gambaran drama Slot Akasia di TV3 bulan depan.

“Selain drama, saya juga akan berlakon filem pertama saya yang juga bertema cinta bulan depan,” katanya. Farah yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baru MeleTop di Anugerah MeleTop Era tahun lalu berkata, dia juga mahu mengembangkan bakat lakonan ke layar perak.

“Sudah sampai masa­nya saya keluar dari zon selesa pada usia 27 tahun ini. Sebab mahu kembangkan bakat sebagai pelakon filem. Ia projek filem pertama dan pastinya memberi cabaran besar buat saya kerana ia berbeza daripada drama,” katanya.

Pada masa sama, Farah sibuk membuat persiapan dari segi stamina dengan kerap melakukan senanam. “Walaupun ia bukan filem aksi, stamina penting untuk berlakon filem yang skrin­nya lebih besar dan penggambaran juga lama. “Saya juga melakonkan watak heroin dalam filem ini tapi hero dan maklumat lebih terperinci mengenai filem ini belum boleh diberitahu lagi,” katanya.

Farah Nabilah bijak labur

Tidak mudah bagi Farah Nabilah Saipuddin mendaki kejayaan yang dikecapinya hari ini. Dia berusaha keras meletakkan namanya sebaris pelakon terkenal lain. Wanita berusia 26 tahun ini sedar, tanpa perancangan rapi, bila-bila masa saja tempatnya boleh diambil bintang baru. Dia yang dikenali menerusi drama Halalkan Hati Yang Ku, sangat mementingkan pengurusan kewangan kerana sudah diajar orang tuanya sejak kecil.

Setiap hasil titik peluh yang diperoleh selepas bekerja siang dan malam, Farah akan asingkan sedikit untuk pelaburan jangka panjang. Katanya, bayaran pertama diterima ketika mula berlakon pada 2015 digunakan untuk membeli unit pangsapuri.

“Ayah ahli perniagaan. Dia ajar saya untuk buat pelaburan jangka panjang. Dia menasihati saya agar menggunakan hasil titik peluh untuk beli aset dan tidak membazir dengan benda yang tidak membawa keuntungan,” katanya. Tambahnya, sebagai anak sulung daripada enam beradik, orang tuanya menyiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab seandainya ada apa-apa menimpa mereka.

Bersyukur dididik menguruskan wang dengan baik, Farah lega dapat lihat aliran setiap sen bayaran yang diterimanya. Lulusan Sarjana Muda Psikologi Universiti Iowa di Amerika Syarikat ini juga menggunakan ilmu yang dipelajarinya dalam bidang lakonan. Walaupun nampak tidak ada kaitan, bagi Farah, pengetahuan yang diperoleh itu sebenarnya dapat dipraktikkan dalam kerjaya seni.

“Bercakap mengenai psikologi, interaksi antara manusia merangkumi bahasa tubuh dan mata. Oleh itu, walaupun tidak sepenuhnya bekerja dalam bidang psikologi, ada ilmu yang boleh saya praktikkan. “Psikologi tidak hanya terbatas dalam rawatan, juga kehidupan harian dan kerjaya. Apabila sudah berkahwin dan ada anak sekalipun, ilmu itu boleh digunakan,” katanya.

Ditanya mengenai jodoh, Farah berkata, dia belum mempunyai teman istimewa walaupun sudah berjanji dengan keluarga akan mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah 30 tahun. Sibuk bekerja juga membuatkan pelakon itu tidak ada masa untuk keluar atau berkenalan dengan mana-mana lelaki. Walaupun bapanya pernah cuba memperkenalkannya kepada anak rakan, hati Farah masih belum terbuka untuk bercinta.

“Saya berjanji dengan keluarga untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun tetapi saya sibuk bekerja. Rezeki lakonan semakin murah kebelakangan ini. Keluar pagi, balik malam. Tiada ada masa untuk keluar dengan kawan,” katanya.

Author: pyka