Video isteri Saleem izinkan guna nama suaminya tapi perlu bayar kerana beliau memerlukan duit untuk hidup.

ISTERI penyanyi terkenal yang telah menghadap illahi, Saleem, Julia Bachok memberitahu hubungan dengan anak tirinya, Syafiq Farhain berada dalam keadaan baik. Menurut laporan mStar Online, masalah yang dialami Julia sebelum ini berpunca di antara pihak syarikat rakaman

yang mempromosikan nama Syafiq tanpa bayaran. “Saya tak pernah lupakan dia dan malah pada show Saleem kali ini pun saya jemput untuk sama-sama buat persembahan. Tak salah pun nak panggil dia kalau dia nak, saya akan bayar.

“Isu sebelum ini saya tak marahkan dia cuma pihak syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama suami saya, saya izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlu duit untuk hidup. “Lagi pun saya fikir Syafiq masih muda. Kami tak bergaduh dan boleh sahaja bergambar sama,” jelasnya.

Pada masa sama Julia turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ambil mudah buat duit menerusi namasuaminya yang telah pergi menghadap illahi. Mengenai Showcase Supernova Kesinambungan Seni Legendary ‘S’ remembering Saleem, kata Julia ia merupakan impian yang dijadualkan selepas raya nanti.

Isteri Saleem Dedah Punca Sebenar Anak Saleem Dilarang Nyanyi Lagu Ayahnya

Baru-baru ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kehadiran anak kepada penyanyi lagenda Saleem Iklim iaitu Syafiq Farhain. Pembabitan Syafiq menerusi aplikasi Smule berjaya menarik perhatian ramai kerana vokalnya yang dikatakan iras-iras Saleem.

Nama Syafiq mula menjadi sebutan kerana kebolehannya menyanyikan lagu-lagu ayahnya dengan baik, malah beliau turut menerima undangan persembahan yang menuntutnya untuk membawakan lagu-lagu Saleem. Senario itu nyata mengundang ketidakpuasan hati Saleem.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas, ramai yang percaya kenyataan Saleem dalam rancangan hiburan Melodi baru-baru ini ditujukan kepada anaknya. Dalam temubual tersebut, Saleem mempertikaikan seorang penyanyi baru yang menumpang popularitinya dengan membawakan lagu-lagunya dalam persembahan.

Terkini, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production iaitu Rumhadi Rumlan dalam kenyataannya mendedahkan beliau telahpun mengadakan perjumpaan terlebih dahulu dengan Saleem sebelum rakaman temubual Saleem bersama pihak Melodi baru-baru ini. 

Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem. Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain. Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham.

Sumber: Mstar

Difahamkan, Saleem juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang jika permintaannya diendahkan. Dalam satu temubual lain, ibu tiri Syafiq, isteri Saleem pula tampil membuat pendedahan mengapa Saleem melarang keras Syafiq daripada menggunakan namanya dan menyanyikan lagu-lagunya dalam persembahan.

Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya. Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini.

Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu. Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka.

Tambah Julia, periuk nasi Saleem terjejas kerana Syafiq kerap dipanggil oleh pihak penganjur acara untuk menyanyikan lagu-lagu Saleem dengan harga yang murah. Apapun kami berharap isu ini dapat ditangani secara baik oleh kedua-dua pihak.

Sumber: Mstar

Video Isteri Saleem Maki Syarikat Rakaman, Dakwa Ibu Syafiq Farhain Tak Tahu Didik Anak

Menerusi laporan Harian Metro semalam, penyanyi Syafiq Farhain menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya pernah membuat tuduhan buruk kepada Saleem dan enggan mengaku beliau sebagai bapa. Malah Syafiq mendakwa hubungan dengan Saleem masih dalam keadaan baik.

Terkini, isteri Saleem, Julia Bachok yang juga merupakan pengurus kepada Saleem telah hadir ke pejabat syarikat rakaman Syafiq petang semalam untuk menyelesaikan kemelut antara mereka. Kunjungan tersebut turut disertai wartawan akhbar Utusan yang membuat rakaman video lintas langsung menerusi Facebook Live.

Dalam video selama 20 minit itu, kelihatan Julia seperti hilang akal memaki hamun kerana tidak puas hati dengan wakil syarikat rakaman yang tidak hadir pada temujanji mereka. Malah Julia turut menyelar netizen di media sosial yang membuat spekulasi tanpa mengetahui kisah sebenar.

Walaupun amukan Julia dilihat keterlaluan, namun jelas sekali menggambarkan kesabarannya yang sudah berada di luar batas kerana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap Saleem meskipun sudah diberi amaran.

Sebuah lagi video berdurasi hampir 14 minit juga daripada pihak Utusan menayangkan pihak Saleem dan syarikat rakaman Syafiq bersemuka untuk mencapai kata sepakat. Akhirnya wakil pihak rakaman memohon maaf secara terbuka kepada Saleem dan Julia sekaligus berjanji untuk berhenti mengaitkan nama Saleem dalam sebarang promosi yang melibatkan Syafiq.

Ini videonya: 

Author: fafa