Video kehidupan Ramlal yang tiada kaki bertambah baik dengan kehadiran Zara Zya

Pelakon Zara Zya berkongsi kisah menjaga seekor kucing yang mempunyai masalah jangkitan pada kaki. Menerusi entri di Instagram (IG), Zara memuat naik sepotong video kucing  dijaga olehnya yang tidak mempunyai kaki di belakang akibat dipotong.

“Dulu waktu dia lahir, doktor sarankan supaya tamatkan kehidupan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong). “Tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati. Alhamdulillah syukur sangat-sangat,

saya tak sangka Ramlal sekarang aktif, lari laju macam lipas kudung hehehe. “Dia special sangat. Betullah orang cakap, kalau kita yakin dan sayangkan sesuatu, jagalah dia sebaik mungkin. “Hidup atau tidak tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila-bila tau,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap Zara yang prihatin terhadap haiwan dan ada juga geram melihat gelagat serta kecomelan kucingnya itu. “@aishah.gram: Entah kenapa saya sangat tak setuju bila ada doc suggest PTS. Nyawa dia biar dia habis sendiri.

Bukan Kita yang patut hentikan sebab kita takde hak untuk tu. Good boy Ramlal.” “@impianbella: Semoga Zara terus dimurahkn rezeki bersama anak-anak comel ni.” “@felisciakoo”Aduhhhh sebak rasanya bila saya baca apa yang awak tulis tu.”

“@syafiqahshake”Suara Ramlal tu kelakar. Between saya macam nak nangis tengok kaki dia.” “fidameowmeow: Alhamdulilah. Bagus tindakan @zarazya love you. Katakan tidak padak PTS(put to sleep). Catlover ni dia lain macam sikit bila dah sayang, dia akan sayang sampai akhir hayat.”

PEMENANG  Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya. Pada satu entri di Instagramnya, Zara menulis sepuluh perkara mengenai fitnah tersebut.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Zara. 1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?” melalui blog KAMI di Facebook yg cuba menjatuhkan reputasi Zara. 2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut.

3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara. 4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya.

5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi. 6. Peguam zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang2.

7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang2 bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.

8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara. 9 . Zara berharap pihak2 di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi. .

10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut. Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin memohon blogger tersebut memadamkan posting tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari.


Author: fafa