Video Kilafairy mengamuk tapi Nelydia Senrose yang jadi mangsa

Baru-baru ini, jika anda selalu mengikuti perkembangan Nelydia Senrose, pastinya anda akan mengetahui bahawa kini selebriti tersebut berada di Dubai. Antara salah satu aktiviti Nelydia di Dubai ialah meluangkan masa bersama ikan lumba-lumba.

” I am not rude. But when it comes to animal abiusee ke apa-apa berkaitan dengan binatang, i can be the biggest bitccchhhh. So do not argue with me pasal animal rights. I will tettt you up.” Tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua daripada kita suka untuk melihat haiwan dijadikan bahan pameran dan dilatih untuk melakukan sesuatu agar manusia terhibur.

Sementara itu, bagi Kilafairy, haiwan sepatutnya dibiarkan bebas di habitat asal mereka. Malah Kilafairy turut memuatnaik status di Twitter berkaitan dengan haiwan. Bagaimanapun, ada sesetengah netizen menyatakan bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Nelydia

manakala bagi Kila pula, ia adalah berkaitan dengan video badak sumbu yang sedang tular di laman sosial. Malah katanya di laman Twitter lagi, dia sangat memperjuangkan hak haiwan dan jangan sesekali mempermainkan perkara tersebut.

Peluk Dan Cium Ahli ‘Boyband’ Blue, Kilafairy Dikecam Netizen

Siapa yang tidak seronok bila bertemu dengan artis pujaan mereka, begitulah juga dengan pelakon Kilafairy yang begitu teruja sekali dapat menghadiri konsert ‘boyband’ UK popular sekitar tahun 2000 iaitu BLUE yang diadakan di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Namun, video aksi mesra Kilafairy yang mencium dan memeluk ahli kumpulan itu iaitu Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen. Ada pula yang menyamakan ia dengan aksi peminat Malaysia yang memeluk artis K-POP di sebuah konsert suatu ketika dahulu.

Syakila Nisa binti Jahangir Khan (lahir pada 17 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Kilafairy (Jawi: كيلفاايري) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil.

Kilafairy dilahirkan pada 17 Mei 1992 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak perempuan kepada penyanyi veteran terkenal Rohana Jalil dan bapanya ialah Jahangir Khan. Kilafairy pertama kali diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan pada 2010 menerusi drama Mistik Alam Hitam, kemudian diikuti oleh watak sebagai Kila dalam drama

muzikal Hotel Mania. Pada tahun berikutnya, Kila muncul dalam filem sulung lakonannya, Karak arahan Yusry Abdul Halim. Beliau menjadi pelakon bersama Erwin Dawson, Cristina Suzanne, Hefny Sahad dan Sarah Hildebrand dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak sebagai Khadijah.

Sumber : Hangat

Author: fafa