Video kucing ini menggali semula kubur kerana rindukan tuannya yang telah menghadap ilahi.

“MASA imam baca talkin, tiba-tiba kucing putih muncul berjalan di keliling kubur. Ia kemudian duduk dan tidak mengiau pun seolah-olah tahu kami sedang bersedih.” Itu kata pekerja Pos Malaysia Langkawi, Zarul Hisham Md Zaid, 27, menceritakan kejadian kucing berbulu putih muncul ketika

pengebumian datuknya, Ismail Mat, 90, hari ini. Lebih mengharukan kucing itu tidak berganjak dari kubur datuknya dan cuba mengorek tanah selepas bacaan talkin selesai hingga mengejutkan ahli keluarga, imam serta sahabat yang hadir di Tanah Perkuburan Masjid Kelebang, Mukim Kuah, Langkawi.

Malah, Zarul Hisham turut merakam kejadian itu sebelum memuat naik video berdurasi seminit itu di Facebook di mana ia menerima pelbagai reaksi netizen. Menurutnya, datuknya yang memiliki 13 anak, telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.14 malam semalam di rumahnya

di Kampung Sanusi Junid, Kuah, akibat sakit tua selepas terlantar sakit sejak sebulan lalu. Datuknya, Tok Wan memang sayangkan kucing dan ada pelihara sembilan hingga 10 kucing di rumah. Di mana-mana jika jumpa kucing liar, beliau akan bagi makan.

Kucing putih itu juga mungkin Tok Wan selalu bagi makan di masjid itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini. Menurut Zarul, jasad datuknya dikebumikan selepas zuhur kerana menunggu semua anaknya termasuk

yang bertugas di Putrajaya pulang. “Masa saya bersama-sama ahli keluarga menggali kubur tidak ada apa-apa perkara pelik berlaku. Tapi bila imam baca talkin, tiba-tiba kucing putih itu muncul. Dia tidak mengiau pun dan waktu itu saya duduk di belakang imam.

Selesai bacaan talkin kucing itu tiba-tiba mengorek tanah membuang akar kayu dan rumput membuatkan kami tergamam dan sebak. “Ketika kami hendak beredar, kucing itu masih duduk di atas kubur, hingga emak saudara saya cuba mengangkatnya,”

katanya sambil menambah kucing putih itu berada di kubur lebih sejam dan kini dibawa balik ke rumah datuknya untuk dipelihara. Zarul Hisham berkata, tujuan dia memuat naik rakaman video itu hanya untuk berkongsi rasa bahawa haiwan juga bersifat penyayang.

“Saya tidak ada niat apa-apa, perkara ini terjadi spontan dan rakaman video itu bukan diedit. Saya juga terkesan dengan berita penyiksaan terhadap kucing dan menganggap ini bukti kekuasaan Allah SWT,” katanya yang turut memelihara 15 kucing. Dalam pada itu Zarul Hisham turut terkilan apabila ada pihak memberi komen negatif terhadap catatan dan video dikongsikannya itu.

Sumber: HARIAN METRO

2 Lelaki Sanggup Meredah Banjir Demi Selamatkan Kucing

Dua orang remaja sanggup meredah air banjir separas dada mereka bagi menyelamatkan enam ekor kucing yang terperangkap di sebuah rumah di Kampung Padang Serai di sini petang Rabu. Muhammad Faruq Shabudi, 15, dan Muhammad Shukri Zulkafli, 20, menyelamatkan kucing-kucing

berkenaan yang dipercayai terperangkap sejak dua hari lepas apabila tuan mereka berpindah ke pusat pemindahan. Muhammad Faruq berkata dia dan rakannya pada mulanya terdengar bunyi bising dari rumah tersebut sebelum mendapati beberapa ekor kucing sedang memanjat beranda

rumah untuk mengelak daripada air banjir. “Kami kemudian mengambil keputusan untuk meredah air sejauh 20 meter untuk memasuki kawasan rumah berkenaan sebelum mengambil kesemua kucing-kucing itu yang berada di atas syiling rumah dan beranda.

Mereka didapati dalam keadaan lapar dan kesejukan. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pemindahan dan kami berharap mereka akan berjumpa tuan mereka kelak,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Serai.

Seramai 201 mangsa daripada 56 keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai sejak Isnin lalu. Sementara itu seorang mangsa, Adila Mohd Ali, 35, berkata banjir di kampung berkenaan merupakan yang terburuk yang pernah berlaku sejak

dia mula tinggal di situ kira-kira 10 tahun lalu. Beliau berkata keluarganya berpindah ke pusat pemindahan dengan sehelai sepinggang selepas air banjir yang juga deras memasuki rumah mereka tanpa mereka sempat menyelamatkan barangan termasuk pakaian.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa pun kerana sibuk menyelamatkan kedua-dua anak kami yang masing-masing baru berusia empat dan dua tahun. Baju, beg dan buku sekolah anak-anak kami yang lain turut dihanyutkan air banjir,” katanya.

Sumber: mStar

Kalau Tak Mampu Jaga Kucing, Serahkan Pada Orang Lain

PEMILIK kucing perlu menyerahkan haiwan peliharaan itu kepada pihak lain sekiranya tidak mampu untuk menjaganya bagi mengelak pengani 4yaan terhadap kucing. Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata, haiwan itu tidak sepatutnya dibiarkan diku rung di dalam

rumah tanpa penjaga bagi tempoh masa panjang. “Adalah satu pengani ayaan terhadap kucing jika dikurung di dalam rumah tanpa penjaga memberi makan dan minum kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan ia lemah dan tidak dapat hidup lama.

“Sekiranya pemilik kucing berkenaan sudah tidak mampu untuk menjaganya, dia perlu menggunakan saluran betul dengan menyerahkan kucing kepada pihak lain yang boleh mengambil alih tugas menjaga haiwan berkenaan, bukan membiarkan ia begitu saja,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Harian Metro berhubung penemuan lapan kucing yang tidak bernyawa di rumah teres di Bandar Makhota Cheras, 25 Mac lalu. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar

Tun Hussein Onn terpaksa memotong mangga pagar dan pintu utama rumah berkenaan yang didapati tiada penghuni. Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lapan kucing yang tidak bernyawa dan tiga lagi kucing masih hidup, namun dalam keadaan lemah sebelum diberi

makan dan minum oleh anggota bertugas. Khalid berkata, meskipun tidak diketahui motif sebenar pemilik kucing berkenaan tinggalkan haiwan peliharaannya itu di dalam rumah berkenaan, namun kejadian itu tidak sepatutnya berlaku jika ditangani dengan baik.

“Kita bersangka baik, mungkin ada musibah menimpa pemilik kucing itu hingga dia terpaksa tinggalkan ia di dalam rumah berkenaan. Namun, kejadian itu dapat dielakkan jika pemilik bertindak dengan cara yang betul termasuk tidak mengurung haiwan berkenaan di dalam rumah kosong.

“Sekurang-kurangnya haiwan itu tidak tersiksa kelaparan kerana tidak makan dan minum selain boleh mencari makanan sendiri di luar kawasan rumah terbabit. “Jika ada individu sememangnya sengaja melakukan perkara itu, tindakan itu memang kejam kerana membiarkan kucing berkenaan kelaparan lebih sebulan,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

Hidup Saya Bertambah Lengkap Dan Bahagia Setelah Bela Kucing

Tak pernah sekalipun termimpi yang saya akan menjaga kucing biarpun saya sangat minat dengan kucing. Tetapi satu Hari Tanpa diduga ada ibu kucing bersalin depan rumah dan jumpa anak kucing dalam longkang. Maka disitu bermulalah episod menjaga Kucing selepas itu, yang Bestnya husband saya siap support lagi dan buat kan rumah untuk kucing Dan belikan barang- barang keperluan untuk kucing.

Rumah ni husband saya lah cipta apartment 4 tingkat ni. siap Ada kolam untuk minum lagi di sebelah kolam ikan tu. Jadi pegi ke manapun senang tak perlu susah hati tentang minuman dan makanan kucing ni. Kemudian pada waktu pagi atau petang saya akan lepaskan kucing-kucing ni bebas bermain dekat luar Dan kadang- kadang saya akan bagi masuk dalam rumah.

Alhmdulillah kucing- kucing ni sangat pandai dan tak membuang najis mereka merata-merata dalam rumah. Dia Pandai Cari toilet bestkan rasa bahagia sangat bila tengok anak-anak bulus ni happy …terapi Minda lahh orang cakap .. hehehe

Author: fafa