Video kuning telur sangat baik untuk kucing anda.

Kami pasti ramai diantara kita memilih untuk memelihara kucing sebagai teman di rumah. Balik kerja dengan penatnya, bila tengok “cik meow” tunggu depan pintu memang boleh hilang penatlah. Lebih lagi kalau encik meow gesel muka mereka ke kaki atau ke muka kita, rasa geli-geli sedap

Tak pun bila malam berehat depan tv, dapat belai bulu kucing kita pun best juga kan. Tapi kita mesti tertanya-tanya kan bagaimana hendak menjaga kucing yang berbulu lebat dan lembut dan bagaimana mahu maintain supaya bulunya lebat dan bersinar dengan cara yang paling murah.

Sebenarnya tak perlu pun pakaikan mereka dengan syampoo rejoice untuk lebatkan bulu kucing, kalau nak lebatkan mereka hanya perlu menjaga pemakanan mereka. Bulu akan semakin kuat apabila makan makanan yang seimbang.

Seorang lelaki yang bergelar BAPA KUCING telah kaedah yang mudah dan jimat untuk menjaga kucing berbulu lebat supaya bulunya tidak gugur. Ini adalah sedikit tips penjagaan bulu kucing untuk kucing anda dengan cara yang paling murah dan jimat

Langkah yang pertama sekali beri kucing anda makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia.

Beri mereka makan masa lapar lagi senang berbanding masa kenyang, tapi berdasarkan pemerhatian admin kucing memang suka makan kuning telur, dengan laju je mereka boleh habiskan. Walaupun kuning telur mentah baunya agak tidak menyenangkan tapi lain pula bagi kucing.

Tak susah pun, cuba tengok video kat atas ni kucing makan dengan berseleranya. Mungkin ada sesetengah kucing yang demand tak mahu makan makanan murah macam ni. Tapi kucing admin yang biasa makan friskies memang suka makan kuning telur macam ni, seolah-olah mereka minum milo ais. Laju giler cepat je habis.

Sumber: BAPA KUCING

Kucing Ini Dijadikan Bantal Untuk Pesakit Mengalas Tangan

Terdapat sebuah klinik perubatan tradisional Cina di Pasar Tai Po di Hong Kong yang akan membuat para pesakitnya berasa tenang dan selesa apabila berada di dalamnya. Pesakit tidak akan gementar kerana doktor ini mempunyai pembantu yang sangat comel dan akan menenangkan jiwa.

Pembantu ini berbadan gebu dengan bulu berwarna oren dan putih serta hanya pandai mengiau bernama Xiaobai. Apabila pesakit datang berjumpa doktor, Xiaobai bersedia membantu tuannya untuk memeriksa nadi pesakit.

Xiaobai sentiasa bersedia menerima kunjungan pesakit di klinik tuannya. Apabila pesakit datang, Xiaobai akan naik ke atas meja dan duduk di hadapan pesakit. Doktor akan meminta pesakit meletakkan tangan di atas badan Xiaobai yang empuk , gebu dan hangat , sambil nadi mereka mula diperiksa.

Apabila Xiaobai mula berasa tidak sabar dan mahu bergerak, tuannya berkata, “Tunggu! Jangan bergerak. Sebentar lagi selesai…” Kucing ini terus berada di atas meja itu dan berlagak menjadi kusyen tangan yang lembut dan hangat.

Seorang pesakit di klinik ini bernama Bill Tang berkata, “Pada mulanya saya berasa lucu apabila melihat doktor itu sendiri memiliki alas kecil untuk tangan para pesakitnya. Tetapi Xiaobai sentiasa berada di atas meja itu dan kadangkala tidur di situ, dan akhirnya dia meminta pesakitnya meletakkan sahaja tangan di atas badan Xiaobai.”

Selain Xiaobai, terdapat seekor lagi kucing berwarna hitam tompok putih di dalam klinik itu bernama Abi. Tetapi kelakuan Abi sedikit pelik, tidak peramah dan lembut seperti Xiaobai. Abi lebih suka berada di hadapan klinik untuk menakutkan anjing-anjing yang lalu-lalang. Dan Abi tidak berapa rapat dengan tuannya seperti Xiaobai.

Walaupun begitu, kedua-dua kucing bertompok putih ini amat comel dan melucukan. Terutama Xiaobai yang akan tertidur di atas meja tuannya sambil menjadikan diri sebagai kusyen kecil yang empuk bagi tangan pesakit di klinik itu. Sambil doktor memeriksa nadi pesakit, Xiaobai bertindak sebagai kusyen tangan yang empuk dan hangat. Sangat comel!

Sumber: ERA BARU

Author: fafa