Video lelaki miskin telah mencalarkan kereta bmw tetapi beliau telah menyerah diri untuk bayar ganti rugi walaupun keadaannya sangat susah.

Seorang lelaki yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan kereta BMW yang diletakkan di pinggir jalan. Jadi beliau dengan jujur tinggalkan nota yang menyesali perbuatannya dengan harapan pemilik kereta tersebut akan memberi masa kepada beliau untuk membayar ganti rugi.

Tetapi beliau tidak pernah menyangka pemilik kereta tersebut akan tersentuh dengan keikhlasannya dan beliau diambil kerja oleh pemilik BMW tersebut. Pada hari itu, Qinlong dan anak-anaknya bersiar-siar dan secara tiba-tiba Qinlong mencalarkan kereta BMW.

Beliau tidak melarikan diri daripada perbuatannya yang salah. Beliau menghantar anak-anaknya ke rumah dan pergi ke kedai untuk mendapatkan kertas dan pen untuk menulis nota. Beliau menulis nota permintaan maaf dan meletakkannya pada pengelap cermin kereta BMW itu.

Qinlong meminta maaf menerusi suratnya dan berkata bahawa beliau tidak bekerja ekoran perniagaannya gagal, malah keluarganya sedang menghadapi masalah ekonomi. Beliau hanya mempunyai 100 yuan.
“Saya secara tidak sengaja mencalarkan kereta anda dan saya mesti

bertanggungjawab, jadi tolong terima 100 yuan saya terlebih dahulu dan tolong beri saya masa untuk membayar baki selebihnya. Sila beri saya waktu 2 atau 3 bulan untuk menyediakan baki ganti rugi. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa saya tidak akan melarikan diri.”

Pemilik BMW mengatakan bahawa setelah melihat nota, reaksi pertamanya adalah takut orang ini mungkin seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik. Justeru, beliau meminjam telefon rakannya dan menelefon Qinlong, beliau berbohong mengatakan bahawa kereta tercalar itu adalah Benz.

Qinlong menjawab dengan jujur ​​mengatakan dia mencalarkan kereta tetapi ia BMW bukan Benz. Beliau berkata dengan cemas: “Adakah anda kawan pemilik berkenaan? Bolehkah anda membantu saya mencarinya? Saya perlu memberitahunya bahawa saya secara tidak sengaja

mencalarkan keretanya dan saya bersedia bekerjasama.” Pemilik BMW berasa selesa dan merasakan bahawa Qinlong bukanlah seorang lelaki yang jahat tetapi jujur ​​dan penuh tanggungjawab. Beliau menjemput Qinlong dan menjelaskan bahawa kos membaiki keretanya menelan

sehingga 1900 yuan tetapi melihat Qinlong adalah seorang yang jujur, beliau memutuskan untuk tidak meminta Qinlong membayar ganti rugi tersebut. Qinlong pula berkata: “Saya telah merosakkan kereta anda dan saya benar-benar perlu membayar ganti rugi. Saya tidak mahu menentang prinsip kehidupan saya.”

Selepas mendengar kata-kata beliau, pemilik BMW telah tersentuh.
Beliau kemudiannya memberitahu Qinlong: “Oleh kerana anda bersungguh untuk membayar balik ganti rugi kepada saya dan kebetulan saya kurang kakitangan, mengapa anda tidak datang ke syarikat saya dan bekerja? Saya benar-benar mengagumi kejujuran anda dan anda boleh membayar balik

kerugian saya dengan bekerja untuk saya dan kita juga boleh menjadi kawan! “ Pemilik BMW juga berkata beliau akan bertemu dengan Qinlong dan beliau juga tidak kisah mengenai kos pembaikan kereta. Ia adalah kerana kejujuran Qinlong yang menyentuh perasaannya. “Dalam masyarakat sekarang,

orang-orang seperti anda sudah pupus dan jika anda boleh membantu saya dalam perniagaan saya, saya akan sangat dihormati,” kata pemilik BMW. Kisah ini dipetik daripada internet namun ia cukup bermakna untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada kita. Kejujuran dan keikhlasan hati adalah penting di kalangan masyarakat.

Sumber: Era Baru

Tes Kejujuran. Siapa yang Lebih Jujur, Orang Kaya atau Orang Miskin?

Johal menyamar sebagai orang buta yang memenangkan lot teri. Ia ingin mengetahui siapa yang lebih jujur, apakah orang-orang kaya atau orang-orang miskin. Ia pun pergi ke lingkungan orang-orang kaya kemudian pergi menemui orang-orang miskin di pinggir jalan.

Sebuah tim kamera tersembunyi merekam percobaan itu. Siapa yang lebih jujur? Dalam percobaan bertemu dengan dua orang kaya, keduanya justru berupaya menipu Johal dan membawa lari lot teri tersebut. Berbeza dengan dua orang kaya tersebut, dua orang miskin yang Johal temui di

pinggir jalan justru dengan jujur membantunya membacakan lot teri tersebut dan memberi ucapan selamat kepada Johal. Tentu video ini bukan untuk membuktikan bahwa orang-orang kaya itu penipu dan orang-orang miskin itu semuanya jujur. Namun untuk menjadi pelajaran bagi kita,

apakah kita kaya atau miskin, hendaklah kejujuran menjadi karakter kita. Sebab kejujuran itulah kekayaan yang sebenarnya. Sungguh benar sabda Rasulullah: لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ. “Kaya sejati itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta. Namun kaya sejati adalah hati yang selalu

merasa cukup” (HR. Bukhari dan Muslim) Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau memandang bahwa banyaknya harta itulah yang disebut kaya?”, Aku menjawab, “Iya”.

Beliau bertanya lagi, “Apakah engkau memandang bahwa sedikitnya harta itu berarti fakir?” Aku menjawab, “Benar.” Lantas beliau pun bersabda, “Sesungguhnya yang namanya kaya adalah kayanya hati. Sedangkan fakir adalah fakirnya hati.” (HR. Ibnu Hibban; shahih)
قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا أَبَا ذَرّ أَتَرَى كَثْرَة الْمَال هُوَ الْغِنَى ؟ قُلْت : نَعَمْ . قَالَ : وَتَرَى قِلَّة الْمَال هُوَ الْفَقْر ؟ قُلْت : نَعَمْ يَا رَسُول اللَّه . قَالَ : إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْب ، وَالْفَقْر فَقْر الْقَلْب.

Author: fafa