Video menarik pre wedding tema Avengers Endgame

Filem Avengers: Endgame telah menemui peminat di seluruh dunia apabila mula ditayangkan pada panggung wayang mulai 24 April yang lalu. Mengikut perhatian, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi antara yang terawal menonton filem adiwira tersebut sehinggakan sanggup menjengah ke pawagam di awal pagi, bahkan ada juga yang mengambil cuti.

Filem itu nampaknya telah membuat ramai yang menghidap ‘demam’ Endgame. Malah, fenomena filem Avengers: Endgame masih hangat dan menjadi antara topik perbualan orang ramai. Manakan tidak, ia merupakan filem penamat bagi 21 filem yang telah ditayangkan oleh Marvel Studios sepanjang tempoh 11 tahun. Bercakap tentang fenomena Endgame, baru-baru ini tular sebuah video pre-wedding yang bertemakan filem tersebut!

Image via Facebook Double F Studio. Video berdurasi 2 minit 25 saat itu merupakan video parodi yang diambil daripada trailerfilem tersebut merangkap video pra-perkahwinan buat pasangan yang dikenali sebagai Aus dan Anis.

Menurut Double f studio, cadangan untuk membuat video ala Endgame itu merupakan permintaan pasangan suami isteri itu sendiri yang sememangnya merupakan peminat tegar siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

Image via Facebook Double F Studio. Tambah syarikat yang menawarkan perkhidmatan video dan fotografi itu lagi, pada mulanya mereka menolak permintaan untuk membuat video tersebut gara-gara ianya bukan di bawah kepakaran mereka yang mana lebih tertumpu kepada penghasilan

video perkahwinan dan video korporat, namun memilih untuk membuatnya juga setelah digesa pengarah kreatif mereka. Menariknya, video tersebut berjaya dibuat dengan baik tanpa memerlukan kos belanjawan yang tinggi meskipun mengakui mereka bergerak di luar zon selesa mereka demi menghasilkannya.

Buat yang belum tengok video pre-wedding tersebut, boleh tengok di bawah. Power, memang power!

Antara komen netizen tentang video tersebut:

Sumber : Says

Author: fafa