Video Mira Filzah Baby Sayang jadi Lepat Pisang untuk juadah berbuka, Ramai netizen terhibur

Baru-baru ini viral video Baby Sayang daripada Mira Filzah sehingga ia menjadi fenomena baru dalam industri hiburan. Namun, siapa sangka ada pula rakaman video tersebar di Instagram apabila Baby Sayang bertukar menjadi Lepat Pisang yang mana ia

telah dimuat naik menerusi laman Instagram Lawak Hambar sehingga netizen meninggalkan komen lucu. Video terbabit difahamkan dibuat sempena bulan Puasa, makanya Lepat Pisang pula menjadi pilihan sehingga membuatkan netizen terhibur.

Lepat Pisang versi Baby Sayang

Aduhai terhibur aku sebelum berbuka

Malah video terbabit telah meraih lebih 20 ribu likes selain pelbagai reaksi lucu daripada netizen apabila mendengar suara individu yang menyebut Lepat Pisang.

Lepat pisang HAHAHAHA

Sumber : HCL

Netizen demam setelah lihat video baby sayang Mira Filzah, ramai juga yang buat parodi setelah video itu tular

Baru-baru ini, telah tular video IG Live pelakon popular Mira Filzah yang sedang melakukan ‘Ask Me Question’ bersama peminat. Pertanyaan daripada peminat yang bertanyakan soalan sama ada pelakon itu lebih gemar menggunakan panggilan baby, atau sayang telah mencetuskan fenomena ramai. Berikutan itu, ayat tersebut telah menjadi sebutan ramai sehingga ada yang membuat video parodi, termasuk rakan selebriti.

Video parodi ‘Baby Sayang’!

Selepas video tersebut tular, ramai yang telah memberi respons jatuh hati dengan gaya lembut dan manis Mira Filzah apabila menuturkan ayat tersebut.

Zizan Razak…

Baby Sayang Remix

Bila lelaki buat baby sayang?

Ramai2 panggil baby sayang…

Pelakon dan pengacara Mira Filzah sering menjadi perhatian netizen kerana kecantikan dan kesopanannya. Bukan itu sahaja, suaranya yang lemah gemalai turut menjadi salah satu sebab mengapa dia diminati ramai. Terbaru video ketika ‘live’ di laman sosial yang memaparkan Mira Filzah

menjawab soalan peminat ‘baby’ atau ‘sayang’? Lalu dia menyebut ‘Baby Sayang’ menjadi viral! Suaranya lembut betul! Manja-manja gitu! Dari situ orang ramai mula membuat beberapa video menggunakan rakaman suaranya menyebut perkara itu.

gara-gara hal itu membuatkan komennya menerusi posting isteri Johan juga menerima balasan respon lucu daripada netizen. Menerusi Instagram, isteri Johan berkongsi kisah anaknya dikenali sebagai Chantiq. Meskipun masih kecil, namun didikan Johan dan isteri mengajarnya berpuasa membuatkan netizen salute dan kagum.

Kagum dengan cara mama..

Tidak memaksa anak perempuanya itu, cara didikan pasangan ini juga membuatkan Mira kagum kepada mereka. Namun, lain pula jadinya ada peminat yang masih sempat berseloroh dengan selebriti cantik ini diruangan komen malah komen Mira juga meraih 300 likes. Wow!

Baby sayang..

Sumber: Jozlynnhanania / omm

Author: Iqbal