Video muka gadis vloger ini disedut sampai luka sewaktu ingin makan sotong kurita hidup2

Seorang vlogger dari China menerima padah selepas mencuba untuk makan sotong kurita akhirnya terpaksa menahan kesakitan apabila diseerrang semula oleh sotong pada mukanya. Gadis popular yang dikenali sebagai “Seaside Girl Little Seven” masih membuat video walaupun keadaan

sotong tersebut sudah melekat pada mukanya. Pada awalnya, dia menggambarkan betapa kuatnya sotong itu menyedut kulit mukanya. Sebelum menyedari bahawa dia tidak berupaya untuk menarik sotong kurita itu daripada terus melekat pada wajahnya.

Video yang berdurasi selama 50 saat itu, jelas sekali menunjukkan kesengsaraan gadis ini yang mencuba untuk makan haiwan itu hidup-hidup. Sotong kurita adalah sejenis makanan laut yang sangat popular dalam kalangan orang asia.

Rasanya yang kenyal sedap apabila dimasak tetapi lain pula bagi masyarakat di China dan Korea yang memakan sotong ini secara hidup-hidup. Ramai vloger dari kedua negara ityu mencuba memakan sotong kurita ini dan ia menjadi trend. Apa rasanya dimakan mentah-mentah?

Nasib semua orang tidak selalu baik kan?  Seorang vloger dari China ini menerima padah apabila seekor sotong kurita hidup menyedut wajah wanita itu ketika beliau ingin memakannya. Kejadian itu telah dirakam secara langsung di media sosial

Disengat Di Muka Sehingga Ada Cairan Merah

Menerusi satu klip video yang tular di Twitter itu, vloger yang dikenali dengan nama ‘seaside girl Little Seven’ pada mulanya cuba memakan sotong, namun haiwan itu menyedut bibirnya dan melingkari wajah wanita berkenaan dengan sesungguhnya.

Wanita itu kemudian menjerit kesakitan dan cuba bergelut menarik sotong tersebut daripada wajahnya kerana haiwan laut itu enggan melepaskannya, malah beralih ‘menyedut’ pipi wanita itu sehingga tinggalkan luka kecil.

Selepas berjaya melepaskan sotong berkenaan dari wajahnya, beliau menyatakan akan makan sotong itu menerusi video akan datang.Wargamaya Sokong Tindakan Sotong Rata-rata wargamaya yang melihat video yang tular itu menyokong tindakan sotong itu dan

menyifatkannya sebagai ‘karma’. Berdasarkan fakta daripada National Geographic, sotong kurita adalah haiwan yang sangat pintar, mahir menyembunyikan diri daripada musuh. Sesungguhnya yang terdiri daripada ratusan penyedut dapat digerakkan secara berasingan bagi

membolehkannya memegang, menghidu dan memanipulasi sesuatu objek.Ada Yang Makan Ayam Hidup-Hidup .Untuk pengetahuan bukan sahaja sotong kurita yang dimakan tanpa dimasak, ada juga kes orang makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih. Ada seorang wanita pernah menggemparkan Indonesia kerana gemar memakan ayam hidup.

Difahamkan ketagihannya memakan ayam hidup bermula ketika dia masih kecil lagi. Selain ayam hidup, dia juga mencari ikan dan siput di sawah sebelum memakan haiwan itu hidup-hidup. Harapnya di Malaysia tiada orang yang mencuba makanan sebegini dan haram bagi umat Islam memakan haiwan yang tidak dimasak.

Author: fafa