Video Nabila Huda pergi ke kedai mamak dan terus rampas makanan orang pada bulan puasa

Aktres Nabila Huda berkongsi sebuah video dirinya melakonkan watak gadis yang ditangkap akibat tidak berpuasa di khalayak ramai. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. Dalam video tersebut, Nabila melakonkan tiga watak dengan penceritaan berbeza dan ianya dibuat hanya untuk tujuan gurauan di IG TVnya.

“Saya ingat dulu, saya tak puasa, saya terlalu lapar, saya pergi kedai mamak saya terus rampas makanan orang, saya terus masuk dalam mulut saya, saya kena hantar hospital, saya masuk dalam lah, mak bapak saya sedih fikir kenapa diorang didik saya jadi macam ni.

“Paling saya suka bila time solat lah, bila time wuduk saya minum air, tapi saya dah tau dah imam tu perasan apa saya buat, tiba-tiba saya kena angkut dengan van jasad. Masa tu tengah muda memang tak fikir apa lah kan, van jasad hantar balik rumah, mak bapak halau saya dari rumah, yelah kan van jasad hantar balik rumah, orang kiri kanan…,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila berasa terhibur melihat gelagatnya dalam video tersebut, tidak ketinggalan beberapa rakan artis yang turut tinggalkan komen. Sedikit info mengenai Nabila, anak kepada penyanyi Amy Search ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Puasa tetapi tidak solat?

Ramadan bulan mengumpul pahala dan segala ganjaran ibadah akan digandakan di dalam bulan yang mulia ini. Justeru pastinya ramai dalam kalangan anda akan merebut peluang keemasan setahun sekali ini untuk meningkatkan segala amal ibadah.

Namun, pastinya dalam kalangan kita sebagai hamba Allah akan mempunyai persoalan tentang solat dan puasa. Bagaiman hukum orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat sama ada secara sengaja atau tidak?

Ini jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengelakkan segala kekeliruan anda. Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah:

“Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang tinggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini .Ada pula yang mengkafirkan orang yang tinggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang tinggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

“Antara hamba dan kekufuran yang tinggal solat” Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah tinggalkan sembahyang.” Ulama yang mengkafirkan orang yang tinggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain,

dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya. Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌMaksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar – tertulis.” (Surah al-Qamar: 53) Firman-Nya lagi: فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya: Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang tinggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia tinggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat Bukhari & Muslim Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat. Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Author: Iqbal