Video peminat puji lagu baru ernie dan syamel sangat tinggi, kalau nyanyi mau masuk hospital dibuatnya

Selepas Aku Cinta, kolaborasi duet Ernie Zakri dan Syamel seringkali dinantikan oleh peminat mereka. Terbaharu, pasangan duo itu muncul dengan single Takkan Terlerai yang turut meraih perhatian netizen. Walaupun hanya memuat naik lirik video, lagu duet itu diramalkan bakal sekali lagi menjadi lagu berhantu Ernie dan Syamel.

“Balance, harmony and powerful duet vocals. Can’t wait to see them performing this song live,”┬átulis Amirul Ishak.“Tingginya nada lagi ni. Tak mampulah kita. Kalau nyanyi ni mahu masuk hospital,”┬átambah Azizah Yusof berseloroh.“Kenapa aku dengar lagu ni bulu roma naik weh?” tambah pengguna lain di ruangan komen YouTube. Takkan Terlerai mendapat sentuhan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya bersama Ernie dan Syamel sendiri.

Syamel panggil Ernie sayang

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ernie Zakri mengaku sikap teman duet, Syamel yang gemar menyakat dengan panggilan ‘sayang’ membuatkan ramai peminat menyangka mereka menjalin hubungan intim. Bagaimanapun, Ernie memberitahu, orang terdekat yang mengenali mereka sedar

keakraban dan kemesraannya dengan Syamel tidak lebih daripada sahabat karib. “Bukan saya saja Syamel suka usik… Kakak dengan pembantu peribadi saya pun dia panggil ‘sayang’. Mungkin kebetulan, ketika dia menyakat saya, ada orang terdengar.

“Mereka yang kenal kami tahu perangai ‘gila-gila’ Syamel kalau rapat dengan seseorang. Kadang kala, saya ikutkan saja sikapnya itu sebab letih disakat,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini, bertebaran gosip kononnya hubungan cinta antara Ernie dan pasangan duetnya itu bukan

lagi rahsia apabila mereka menggunakan panggilan ‘sayang’. Ernie mengaku dia dan Syamel ‘sekepala’ dalam banyak perkara. “Boleh dikatakan kami ‘sekepala’ dan persahabatan bukan baru terjalin sebulan dua. Sekarang, kami makin kerap berjumpa kerana membuat persiapan

untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Ahad ini,” katanya. Ditanya mengenai persiapan mereka menghadapi pentas berprestij itu, Ernie berkata, dia dan Syamel berlatih sejak tiga bulan lalu termasuk dalam aspek kawalan suara dan konsep persembahan. “Kami sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental.

Hanya menunggu hari itu saja. Namun, paling utama adalah memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik,” katanya. Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, dan Syamel yang pernah meraih juara Duo Star, bakal mempertaruhkan lagu berjudul Aku Cinta pada AJL 32.

Panggilan ‘sayang’ hanya gurauan – Syamel

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Syamel, menyangkal dakwaan kononnya beliau menjalinkan hubungan cinta dengan rakan duet, Ernie Zakri. Bintang kelahiran Akademi Fantasia 2015 itu berkata, panggilan ‘sayang’ yang digunakan untuk penyanyi wanita itu sekadar gurauan,

apatah lagi mereka berkawan baik. “Mungkin ada orang terdengar saya memanggil Ernie menggunakan perkataan sayang, tetapi ia sekadar gurauan sesama kawan. “Ia bukan bermakna saya menolak jodoh. Namun, seperti sering dikatakan, saya sendiri belum tahu dengan siapa jodoh saya.

“Saya seorang yang peramah dengan sesiapa saja, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, jadi janganlah ambil serius perkara terbabit. “Fokus saya sekarang lebih kepada persiapan menghadapi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, Ahad ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis Rocketfuel Entertainment, di sini hari ini.

Artis berbakat berusia 24 tahun itu juga sempat berpesan, biarlah sesebuah cerita yang dikongsi mempunyai asasnya dan keluar daripada mulut beliau sendiri. Sebelum ini, tersiar gosip mengatakan kedua-dua penyanyi itu semakin intim, malah penyanyi lelaki itu juga memanggil Ernie dengan

panggilan ‘sayang’. Malah, ada berita mengatakan kononnya dua artis terbabit juga sudah bertemu keluarga masing-masing. “Apabila cerita sebegini timbul, ibu saya ada bertanya, kenapa sampai jadi macam ini? Malah, keluarga Ernie juga bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

Sebenarnya, tidak timbul isu saya dan Ernie sudah bertemu keluarga masing-masing kerana hubungan kami sekadar kawan serta rakan duet. “Saya memang menganggap gosip sebagai perkara biasa dalam dunia hiburan, tetapi biarlah berasas. Kalau tidak yakin, sila bertanya.

Saya sendiri bertanya kepada Ernie, bagaimana perkara ini boleh timbul? Dia sendiri pun tidak tahu,” katanya yang berduet dengan artis wanita itu menerusi lagu Aku Cinta. Selain lagu duet berkenaan, Syamel juga akan berentap di pentas AJL 32 di Arena Axiata Bukit Jalil, 11 Februari ini, atas

tiket dendangan solonya, Lebih Sempurna. Penyanyi yang kini muncul dengan single baharu berjudul Biar Cinta itu bagaimanapun mengaku selesa dengan Ernie, apatah lagi sebelum ini mereka sama-sama terbabit dalam program Duo Star dan kemudian berduet pula menerusi

lagu ciptaannya. “Sekarang, kami memang kerap berjumpa kerana perlu membuat persiapan menghadapi AJL 32. Soal jodoh pula, biarlah dulu. Saya mahu fokus kepada kerjaya dan mengumpul aset untuk diri sendiri terlebih dulu,” katanya.

Author: fafa