Video perkongsian Fizo Omar yang membuka mata orang ramai. Kisah benar yang jadikan dia lebih matang dalam kehidupan.

Setiap sisipan kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala kesulitan dan kesukaran itu. Setiap ujian dalam kehidupan perlu ada penyelesaiannya dan jarak antara masalah serta penyelesaian antara dahi dengan tempat sujud.

Manusia yang lemah tidak akan mampu melalui hidup ini tanpa pertolongan Allah SWT. Lalu, dengan cinta Allah SWT akan mendekatkan manusia kepada-Nya seterusnya memberi kekuatan mendepani kesukaran dalam hidup ini. Menjadikan 7 Ogos lalu sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya.

Kongsi pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci itu menjadikan dia lebih matang dalam kehidupan. “Apabila kita sampai di sana (Mekah), kita tak ada apa-apa pun ertinya kalau ada pangkat seperti VVIP, artis, jutawan

dan banyak duit sekali pun, kita semua sama sahaja di sisi Allah. Ketika itu umat manusia hanya tuduk, mengadap Allah dan mintalah (doa) pada Dia. Kita terlalu kejar dunia selama ini, sampai sana, kita akan lihat kebesaran Allah dan bayangkan berjuta umat manusia di sana,” katanya sebak.

Sepanjang di Tanah Suci, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan tubuh yang tak telah pergi hadap Ilahi yang tidak dikenali di sana. “Dalam berjuta orang di sana, ada orang tarik saya untuk uruskan skujur tubuh seorang individu yang saya tidak kenal.

“Saya mandikan, kafankan dan solatkan tersebut. Saya juga masuk ke liang lahad untuk kebumikan jenazah yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia. Apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya pada saya?,” fikirnya sejenak. Bagaimanapun, Fizo yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Sebenarnya apabila Allah ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana Dia nak orang muda pergi bantu orang lain permudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya, guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kena papah. Tapi mereka bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,” kongsinya yang menganggap ia sebagai satu simbolik daripada Allah.

Bagi sesetengah orang bukan mudah bersujud meminta kepada-Nya kerana untuk sujud bukan kerja dahi tetapi kerja hati. Oleh itu, hati yang jauh dari Allah SWT sudah pasti tidak mampu bersujud kepada-Nya, manakala hati yang ada rasa cinta akan mudah merintih, meminta dan bersujud kepada-Nya.

Sesungguhnya dalam hati itulah wujudnya sebuah cinta hakiki iaitu cinta yang hanya kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Apabila kita memberi cinta kepada Allah SWT secara sepenuhnya, cinta terhadap perkara lain tidak lagi bermakna kerana cinta Allah SWT itu sudah mencukupi.

Tetapi lumrah kehidupan sesuatu yang berharga itu bukan mudah untuk diperoleh. Umpamanya permata dan kaca, pastinya kaca lebih senang dibeli berbanding permata. Begitu juga pasir dan emas, pasir ada di merata-rata sedangkan emas hanya yang berkemampuan mampu memilikinya. Kisah Inspirasi Fizo Omar, Kredit to Youtube Zayan My

Kredit: MH / Video : Youtube Zayan My

Artikel lain: Pengalaman haji menginsafkan Fizo Omar

PELAKON, Fizo Omar, 34, menyeru umat Islam untuk menunaikan fardhu haji dan merasai sendiri pengalaman seperti mana yang dilaluinya Menurut Fizo lagi, ibadah rukun kelima tersebut mencerminkan diri sendiri ketika menjalankan kewajipan rukun haji.

“Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasai lah apa yang aku dah lalui. Kalau dah mampu tak perlu ditangguh lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi kepada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran Sang Pencipta,” coret Fizo di Instagramnya sewaktu bermalam di Muzdalifah, Makkah.

Fizo turut mengakui pengalaman yang diperolehnya memberikan keinsafan dan berharap semoga pada masa mendatang dijemput menjadi tetamu ALLAH sekali lagi. “Bak kata ulama, suasana ini diibaratkan seakan-akan padang Masyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita.

“Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dengan penuh harapan keampuanan dari ALLAH. Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dengan niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Kita sama sahaja di mata ALLAH, hanya amalan kita sahaja membezakan kita semua,” akhirinya.

Sumber: sinar harian

Biodata Fizo Omar, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku

Pemilik nama penuh Wan Hafizol bin Wan Omar. Dikenali sebagai Fizo Omar. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai 1985. Berusia 34 tahun. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Membabitkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2008 sebagai pelakon, model dan pengacara.

Bakatnya dicungkil daripada program Hero Remaja 2008 yang menobatkannya sebagai naib juara. Antara lain pertandingan ikon pemuda Malaysia anjuran majalah Remaja musim itu turut melahirkan pelakon Kamal Adli, Idris Khan dan Ammar Alfian. Antara drama dibintanginya seperti Skuad Elit, Spa Q 2, Julia, Setelah Cinta Itu Pergi dan Bukan Cinta Aku.

Termasuk telefilem Tidak Sama Tetapi Serupa, Bonanza, Dollah Hapak, Andai Itu Takdirnya dan banyak lagi. Kemunculannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami, 7 Petala Cinta, Minyak Dagu, Cinderella dan Isyarat Cinta.

Penglibatan dalam dunia teater menerusi pementasan Siti Di Alam Fantasi. Sebagai hos, beliau pernah mengemudikan program Nasi Lemak Kopi O, Gen-X, 3 Hari 2 Malam, Pakar Kejelitaan dan Pencetus Ummah musim kedua. Mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim pada 10 November 2013.

Fakta Menarik mengenai beliau adalah berketinggian 179 sentimeter. Keturan kacukan Melayu, Siam dan Arab. Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya berasal dari keturunan Siam dan Arab. Bapanya telah tinggalkan dunia di usia 80 tahun kerana menghidap masalah ketumbuhan.

Pemegang Diploma jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Bekas pemain bola sepak pasukan negeri dan kebangsaan. Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa komen dan share. Terima kasih.

Sumber: iluminasi

Author: pyka