Video ramai taktahu Makaroni boleh jadi kudap kudapan. Resepi Mac and cheese crispy.

Sajian kudap-kudap pastinya menjadi kegemaran seisi keluarga selepas berbuka puasa. Bukan itu sahaja, makanan kudap-kudapan sebegini boleh juga dijadikan peneman biskut raya untuk Aidilfitri nanti. Salah satu idea untuk anda buat hidangan ringan ini adalah menggunakan makaroni. Guna macaroni dah boleh buat kudapan? Mudah sahaja caranya dan mesti anak-anak suka!

RESEPI MAC & CHEESE CRISPY KRUP KRAP

Bahan- bahan :

1) Macaroni . 2) Cheese Powder. 1. Masukkan macaroni dalam mangkuk. Rendam macaroni dengan air 45minit. Tak perlu rebus tau, just rendamkan. 45 minit tu just nice. Kalau lama sangat nanti kembang. Kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras. Ingat tau, rendam 45 minit. Air tenggelam. Kalau guna pasta yang lebih tebal, make sure rendam lama sikit. Kalau tak, nanti keras tak boleh krap krup krap haha

Depends pada jenama pasta juga tau, sebab setiap jenama tak sama tebalnya. Try dulu 45 minit, kalau leras, boleh rendam lebih masa lagi. Nak tukar jenis pasta pun boleh, spiral boleh, reben boleh. 2. Dekat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang sikit dah kan? Kalau taknak keras, rendam lebih lama tau.

3. Okay panaskan kuali, masukkan minyak dan ready untuk digoreng!

4. In time goreng ni, kacau kacau ye make sure setiap ketul tu jangan melekat kalau melekat, sila pisahkan mereka.

5. Wahhh golden look! Tak ada gelang mas cincin mas raya takpe dah kita ada macaroni golden gituwww. Toskan ye.

6. Next..masukkan macaroni yang digoreng tu dalam bekas yang ada penutup. Masukkan cheese powder kalau suka banyak, letak banyak.

7. Okay last part. Tutup bekas dan shake shake shake shake! Sampai rata dan semua cheese powder membaluti macaroni kita.

8. Siap!

Sumber : Wan Rohani

Cuba Cara Mudah Ini Untuk Hasilkan Mac & Cheese Yang ‘Simple’ Dan Sedap

Minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda cara mudah untuk hasilkan Mac & Cheese di rumah! Resipi ini juga menggunakan taburan breadcrumbs untuk memberikan sedikit tekstur rangup kepada hidangan pasta ini.

Bahan-bahan (macaroni): – Air – 1 sudu kecil garam
– 200g makaroni. Bahan-bahan (sos): – 2 sudu besar mentega – 2 sudu besar tepung gandum – 5 cawan susu – 1 sudu kecil garam – 1 sudu kecil lada hitam – 1 cawan cheddar – 1 cawan mozarella

Bahan-bahan (topping): – Breadcrumbs – Mixed herbs . Cara-cara: 1. Didihkan air dan masukkan garam. Kemudian masukkan makaroni. 2. Rebus hingga masak. Kemudian toskan. 3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan susu, garam dan lada hitam. 5. Kacau selama 5 minit. 6. Tutup api dan masukkan cheddar dan mozarella. 7. Kacau hingga pekat. 8. Masukkan makaroni dan gaul hingga rata. Kemudian, masukkan dalam ke bekas bersapu mentega.

9. Tabur breadcrumbs dan mixed herbs. 10. Bakar selama 30 minit pada suhu 175°C. 11. Siap untuk dihidang! Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah! Selamat mencuba.

Author: fafa