Video resepi ayam goreng mamak rangup yang buatkan anda ketagih

Ramai orang gemar makan ayam goreng mamak. Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka. Anda sendiri mesti tertanya-tanya dalam hati apa resepi ayam goreng

mamak sehingga rasanya sedap macam lain. Sudah cuba buat sendiri ayam goreng tapi tidak juga sama rasa dengan ayam goreng kedai mamak. Hujung-hujungnya buat ayam goreng tepung biasa saja. Oleh itu, kami hadirkan resepi ayam goreng mamak yang sedap, rangup dan confirm teman, kerabat dan keluarga anda akan menyukainya!

Resepi ini dibahagikan oleh Qhamcyahh Hidayat di Fb dan telah mendapat perkongsian ramai. Mulai hari ini, anda dan keluarga tidak perlu lagi pergi kedai mamak setakat beli ayam goreng saja. Anda boleh buat ayam goreng mamak sedap selepas ini. Buat ayam goreng sendiri lebih jimat masa dan ekonomi. Sila cuba resepi ini.

Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan : 1 ekor ayam., 6 sudu makan tepung jagung. 6 sudu makan tepung beras. 3 tangkai daun kari. Bahan untuk dikisar :6 ulas bawang putih. 2 inci halia. 5 tangkai cili kering. 2 sudu makan rempah kari. 1 biji telur. Garam secukup rasa. 1 sudu makan serbuk lada sulah.

Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap kerana bahan-bahan yang dicampur itu sudah sebati dan meresap pada ayam. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda. Resepi Menarik Lain. Selain resepi ayam goreng mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Hasilkan Ayam Goreng Kunyit Paling Rangup, ‘Simple’ & Sedap Ini Menggunakan 10 Bahan Saja

Ayam Goreng Kunyit ini bila dah sejuk pun tetap rangup. Nak ratah saja pun syok! Semua orang suka Ayam Goreng, bukan? Bermacam versi ayam goreng boleh dijumpai di Malaysia seperti ayam goreng berempah, ayam penyet, ayam goreng McD, ayam goreng KFC, Korean Fried Chicken dan macam-macam lagi. Nikmat betul untuk semua penggemar ayam goreng!

Tetapi, tidak boleh dinafikan antara ayam goreng paling sedap di Malaysia adalah Ayam Goreng Kunyit. Sangat simple, tetapi flavour memang the bomb! Hidangan ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi campur, nasi kerabu dan macam-macam lagi.

Nak diratah saja pun sedap! Minggu ini, cubalah hasilkan resepi ayam goreng kunyit kami. Resepi ini akan menghasilkan anda ayam goreng yang cukup berperisa dengan perapan bahan-bahan wangi seperti bawang merah, kunyit hidup, bawang putih dan halia. Penggunaan tepung jagung pun memastikan anda akan mendapat kulit ayam yang betul-betul rangup!

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara memasak Ayam Goreng Kunyit paling lazat:

RESEPI PENUH

Bahan-bahan:

6 ketul ayam, 2 biji bawang merah, 6 batang cili kering, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil udang kering, 1 inci kunyit hidup, 1 inci halia, 2 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar serbuk kunyit, garam secukup rasa

Cara-cara

1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat. 2. Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika. Image via Seismik Makan

3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan. 4. Ayam Goreng Kunyit sudahpun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!

SELAMAT MENCUBA!

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Sumber : SEISMIK

Author: fafa