Video salah seorang peserta I Can See Your Voice iaitu Pembela Kebenaran telah pergi buat selamanya

Peminat rancangan realiti popular I Can See Your Voice musim kedua pasti masih ingat dengan peserta dengan nama samaran ‘Pembela Kebenaran’. Pembela Kebenaran atau nama sebenarnya Ermizi Muhamad muncul pada minggu 11 di mana artis jemputan adalah penyanyi Ajai.

Ramai peminat yang terkilan kerana beliau disingkirkan walaupun memiliki suara yang merdu. Namun, berita sedih baru saja diterima di mana Ermizi telah pergi buat selamanya pada 11 September yang lalu. Berita tersebut dimaklumkan oleh Ajai menerusi laman Instagram miliknya

memaklumkan bahawa beliau yang bekerja sebagai wartawan telah pun meninggal dunia pada 11 September 2019. “Salam Takziah Saya ucapkan buat keluarga salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia episod 11 iaitu @ermizimuhamad “Pembela Kebenaran” (semasa Episod bersama saya) yang telah kembali ke rahmatullah semalam (11 September 2019).

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-fatihah”  Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas apa yang terjadi kepada beliau, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah kepada beliau dan keluarganya.

Persembahan Pembela kebenaran di rancangan I Can See Your Voice

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram byajai via yoy network

Menginjak usia 20 tahun, anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik

Nourul bangga dapat anak seperti Ayu. PENYANYI Nourul Wahab memuat naik foto terbaharu anak sulungnya Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun mendapat perhatian warganet. Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, yang berkongsi ucapan ulang tahun hari lahir itu turut memuat

naik beberapa foto kenangan ketika sedang mengandung dan membesarkan anaknya itu. “Anakku, kamu kini sudah berusia 20 tahun. Saya berbangga mempunyai anak seperti kamu. “Hari ini saya akan penuhi timeline hanya tentang kamu. Saya sayang kamu dan berseronoklah pada hari istimewa ini,” tulisnya.

Nourul kongsi foto kenangan. Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul dengan suami pertamanya iaitu komposer, Ajai. Rata-rata memuji kecantikan anak gadisnya penyanyi itu yang kini semakin meningkat dewasa. Segelintir juga menyifatkan Ayu mewarisi kejelitaan wajah ibunya.

Dalam entri lain, Nourul juga berkongsi sepanjang membesarkan anak sulungnya itu dia tidak mempunyai pembantu rumah sehingga bayi tersebut berusia dua tahun. Dia juga mendedahkan anaknya takut dengan Ajai kerana terlalu tegas sehingga membuatkan hubungan mereka lebih rapat.

Nourul akui Ayu bukan sahaja anak malah kawan baiknya. “Ayu usia tiga bulan masa tu nak pergi show dekat Sungai Buloh. Susah nak tinggal si anak dara botak saya! Ayu baby yang sangat baik. “Letak saja depan TV, tahulah dia main sendiri. Letak je permainan. Jadi saya takde pembantu rumah dari mula kahwin sampai usia Ayu dua tahun lebih.

“Bila dah sibuk dengan album duet baru ambik arwah kak Sabariah bekerja. Dia banyak membantu. Ayu sangat takut dengan papanya yang tegas. Jadi itu membuatkan kami lebih rapat bersama,” tulisnya. Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012. Hasil Nourul dengan perkahwinan keduanya, mereka dikurniakan dua orang anak.

Sumber mstar

Author: Iqbal