Video teletah comel ank murid ini, tarik perhatian ramai. Tak sangka, dalam diam rupanya menyimpan seribu rahsia.

Setiap sekolah ada dimana mana tempat kita berada pun, terutama di sekolah. Pasti ada seseorang yang akan jadi penghibur buat kita. Lebih lebih apabila bekerja sebagai seorang guru. Best tu memang best, tapi dugaan ketika mengajar itu, hanya guru sahaja yang faham. Baru baru ini telah tular lagi video kecomelan kanak kanak skeolah rendah yang telah menarik perhatian ramai.

(Skrol ke bawah untuk menonton video) TELATAHNYA begitu mencuit hati warga internet atau sesiapa sahaja yang melihatnya. Melihatkan gaya malu-malu kucingnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, serta merta membuatkan hati warganet cair. Itulah gerangan murid comel bernama Maisarah Ilham, 9, seorang pelajar kelas pendidikan khas di sebuah sekolah rendah di Sandakan, Sabah.

Video pelajar comel tahun tiga yang dimuat naik gurunya di Twitter diulang kicau (retweet) melebihi 14,000 kali selain dihujani dengan komen dengan pelbagai respon dari warga internet. Berkongsi cerita dengan mStar, guru tersebut, Muhamad Fazri Hassan berkata,

Maisarah merupakan salah seorang muridnya yang didiagnosis mengalami lewat perkembangan menyeluruh atau GDD (Global Developmental Delay). “Saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan kemahiran manipulatif di kelas Maisarah, di kelas itu ada tujuh pelajar termasuk Maisarah.

“Sungguhpun Maisarah agak comel, tapi di dalam kelas dia seperti seorang kakak kepada rakan-rakannya yang lain kerana dia seorang yang aktif,” katanya. Perkongsian Fazri di Twitter mendapat perhatian warga internet. Bercerita lebih lanjut, guru berusia 26 tahun itu berkata,

Maisarah seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan kamera seperti yang boleh dilihat menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini. Dia memang pemalu. Tapi sebenarnya dia seorang yang banyak bercakap dengan orang yang dia selesa. Dia seperti kanak-kanak lain juga,

cuma pergerakannya sedikit perlahan memandangkan dia bertubuh kecil. Saya muat naik video Maisarah sekadar mahu berkongsi dengan orang di luar sana mengenai dunia pendidikan khas. Murid-murid yang ditempatkan di dalam kelas ini mempunyai keistimewaan masing-masing,

antaranya masalah GDD, pertuturan dan kognitif,” kata Fazri. Sungguhpun bertubuh kecil, ujar Fazri, Maisarah pernah mewakili sekolahnya dalam acara larian 4×100 meter kategori pendidikan khas daerah Sandakan.

Graduan IPG Kota Bharu ini sudah hampir dua tahun bertugas sebagai guru Pendidikan Khas.  “Maisarah menunjukkan perkembangan dari semasa ke semasa, sejak dia mula bersekolah di sini setahun yang lalu. Dia semakin aktif kerana dia sukakan aktiviti fizikal. Kami sebagai guru-guru pendidikan khas sememangnya menekankan aktiviti ataupun terapi fizikal,

contohnya seperti menunggang kuda dan berenang untuk merangsang pergerakan fizikal masing-masing,” ujarnya yang sudah hampir dua tahun bertugas sebagai guru pendidikan khas. MUHAMAD FAZRI HASSAN. GURU PENDIDIKAN KHAS turut berkata, graduan bidang Pendidikan Khas dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu ini lagi,

menjadi seorang guru pendidikan khas sememangnya berdepan dengan cabaran yang bukan calang-calang. “Cabarannya mungkin dari segi bagaimana mahu memenuhi keperluan setiap murid. Walaupun kelas yang saya ajar ini hanya terdiri daripada tujuh murid, namun keperluan setiap murid itu adalah berbeza.

“Jadi agak sukar untuk seorang guru memenuhi keperluan murid yang istimewa ini serentak. Jadi kena pandai uruskan masa, supaya ilmu itu sampai kepada murid tersebut dan dalam masa yang sama, murid lain tidak terabai. “Saya bersyukur kerana berpengalaman menjadi sukarelawan bagi orang kurang upaya sebelum ini. Lagi pula, bidang pendidikan khas ini adalah pilihan saya kerana mahu mencuba sesuatu lain daripada biasa,” akhiri Fazri.  

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: lepat pisang

Artikel lain: Semua ada istimewa ada kelebihan masing masing.

Kuala Lumpur: Ibu bapa boleh mengoptimumkan keupayaan anak istimewa dengan membawa mereka melakukan aktiviti santai yang dapat mengembangkan kreativiti mereka dalam pelbagai kemahiran. Pendedahan itu bertujuan mengenal pasti keistimewaan mereka mengikuti kesesuaian minat dan aktiviti.

Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autsm Malaysia (NASOM) Feilina Feisol, berkata anak istimewa seperti anak istimewa mempunyai banyak kelebihan, tetapi sukar dikesan pada peringkat awal. Katanya, pemerhatian mendapati, mereka ini ramai yang kreatif, terutama dalam menghasilkan produk berasaskan kraf tangan.

“Pelatih anak istimewa di pusat vokasional diberi latihan kreativiti untuk menghasilkan barangan kraf bermutu. Barangan dihasilkan antaranya rantai kunci, klip rambut dan kantung syiling jahitan silang pangkah. “Pusat latihan terletak di Bandar Puteri, Klang Selangor, menyediakan bimbingan selama empat bulan secara sistematik bagi membolehkan hasilkan kemas dan mempunyai nilai komersial,” katanya.

Feilina berkata, pihaknya bangga kerana inisiatif anak istimewa ini mendapat penghargaan syarikat farmasi terkemuka CCM Duopharma Biotech Bhd (CCM Duopharma) dengan membeli semua 50,000 unit dengan nilai RM125,000. PENGARAH Urusan Kumpulan CCM Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar (tiga dari kiri) menyampaikan cek RM125,000 kepada Pengerusi NASOM, Feilina Feisol.

Katanya, pembelian sempena Kempen Kesedaran Autsm Champs-NASOM 2018 sepanjang bulan lalu hingga Mei ini. Sokongan berterusan sejak tiga tahun lalu menyuntik semangat anak autsm dan guru untuk terus menghasilkan produk berkualiti.”CCM Duopharma komited memberi semangat kepada komuniti anak istimewa supaya mereka lebih berdikari

dan menjalani hidup secara produktif. Kumpulan anak istimewa di Malaysia bukan sahaja memerlukan kasih sayang dan sokongan, mereka seharusnya dihormati supaya dapat menjalani hidup secara normal. Diharapkan kempen CCM Duopharma menyemarakkan harapan mereka menjadi anggota masyarakat berguna,” katanya.

Selain membantu mengenal pasti dan mempromosikan rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan untuk golongan anak istimewa, NASOM memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga anak autsm. NASOM mempunyai 20 pusat di seluruh negara menyokong pelajar seawal usia se sehingga berumur 36 tahun.

“Membuat kraf tangan menjadi aktiviti utama pelatih di sini. Bimbingan guru membantu memaksimumkan kemahiran motor mereka selain mengisi masa dengan aktiviti seni dan kraf setiap hari. Kebanyakan pusat NASOM bergantung pada hasil jualan kraf tangan untuk menampung kos operasi,” katanya.

Menyedari pentingnya penelitian dan kelebihan anak autsm ini, Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar, berkata sebagai tanda sokongan, pihaknya membeli semua hasil kraf tangan sebagai hadiah bagi setiap pembelian makanan kesihatan tambahan Vitamin C jenama Champs.

Beliau berkata, usaha murni ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menyantuni kelebihan yang ada pada golongan istimewa. “Kempen Kesedaran Anak Istimewa Champs-NASOM 2018 tahun ini meningkatkan kesedaran dalam menyokong kemahiran serta kesungguhan komuniti anak istimewa ini dalam menghasilkan produk kreatif.

“Tahun lalu, kempen CCM Duopharma bertemakan “Setiap Kanak-Kanak Adalah Juara” mengumpul RM50,000. CCM Duopharma menderma 50 sen untuk setiap botol Champs Vitamin C dibeli. “Jumlah derma sama juga diberikan pada setiap gambar pelanggan memakai baju biru yang dimuat naik ke Instagram dengan tag #mychampionsnasom,” katanya.

sumbeR: berita harian

Author: pyka