Video Tomok dan Beto Kusyairi dikecam sebab berpakaian seperti wanita

Sejak beberapa hari yang lalu, Tomok dilihat telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang berpakaian seperti seorang wanita. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah pelakon Beto Kusyairi. Namun posting tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen.

Jenaka Undang Kecaman

Meskipun gambar tersebut kelihatan seperti sebuah jenaka dan mencuit hati, namun terdapat beberapa komen dari segelintir netizen yang berupakan kecaman pada Tomok. Menurut mereka imej Tomok itu seolah-olah mempromosikan lagi isu kaum sejenis yang hangat diperkatakan.

“Saya sangat minat kat abang, tapi lepas apa yang abang buat ni buat saya kecewaa, benda agama abang jangan buat main, apa kata generasi akan datang kalau nampak icon mereka buat macam ni. sanggup ke abang menjadi asbab kepada dosa mereka nanti, delete lah bang, dan taubat lah itu yang terbaik.”

“Jangan buat macamni.” “Apa kau ni” . “Saya sebagai idolakan abang tomok tak suka berpenampilan seperti walau hanya bercanda. Kerana menyerupai wanita itu haram hukum nya bagi seorang laki-laki. Begitu juga perempuan yang menyerupai laki-laki haram hukumnya. Kerana melnggarrr kodrat.

Pendakwah Anggap Tiada Kompromi

Melihatkan pada gambar-gambar tersebut, terdapat juga netizen yang meminta pandangan pendakwah mengenai isu tersebut. Bagi pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed membertitahu tiada sebarang kompromi mengenai seseorang individu itu berpakaian seperti seorang wanita.

Pencetus ummah syed, ustaz saya nak tanya ni. Kat sini saya nak minta penjelasan dari ustaz. Saya pun bingung dari semalam fikirkan hal ini. Saya rasa diorang maybe tak nak kot pakai pakaian macam ni. Saya rasa mesti pihak produksi yang suruh dorang jadi macam ni tak ikut tak dapatlah duit kan. Kat sini saya nak tanya macam mana kita nak tolak permintaan pekerjaan yang ustaz cakap ke arah transgender tu secara baik.”

Pencetus ummah syed : “Tiada kompromi dalam perkara haram. Apatah lagi didedah pada khalayak”. Malah ianya juga dilarang di dalam agama. Meskipun begitu, kami yakin Tomok sama sekali tidak berniat untuk mempromosikan hubungan sama sejenis apatah lagi membuat sesuatu bertentangan agama.

Sumber : Hangat

Author: fafa