Video ujian yang sangat berat buat 11 keluarga yang dihalau keluar dari rumah sebelum Ramadhan.

PASIR GUDANG – Sebanyak 11 keluarga yang tinggal rumah di Flat Jalan Tasek 64, Seri Alam di sini hari ini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka disita dipercayai gagal melunaskan tunggakan bayaran sewa kepada kerajaan negeri.

Mereka bingung dengan perkembangan itu tambahan pula Ramadan akan tiba tidak lama lagi, keadaan tersebut memaksa penghuni terbabit menumpang di rumah saudara-mara dan yang tidak tahu untuk pergi ke mana. Menurut seorang penduduk, Mohd. Zin Mustafa, 47, mereka

bersama-sama penduduk yang mendiami 11 buah rumah di blok A flat terbabit diarahkan keluar bermula pukul 9 hingga 12.30 tengah hari. “Penguat kuasa memberikan masa kepada saya selama 10 minit untuk mengemas barang dan keluar dari rumah kami.

Saya bersama-sama isteri serta empat anak lain tiada pilihan lain selain keluar dan duduk di bawah flat. “Tidak seperti keluarga lain yang bertindak menumpang rumah saudara mara mereka. Kami hanya duduk di bawah flat kerana kami tiada saudara mara yang boleh untuk kami menumpang,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Mohd. Zin menambah, punca mereka diarahkan keluar selepas didapati gagal melunaskan bayaran sewa kira-kira RM100 kepada kerajaan negeri sejak 2015.“Saya menghadapi kekangan kerana mempunyai masalah kesihatan iaitu gelinciran cakera (slip disc) dan tidak boleh bekerja manakala isteri turut sama sukar mencari pekerjaan kerana warga Indonesia.

“Selain itu, saya juga mempunyai empat anak berusia 15 hingga tujuh tahun. Dua daripada mereka mengalami penyakit sawan. Kami bergantung sepenuhnya kepada sumbangan daripada Baitulmal sebanyak RM500 sebulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penyewa PPR Taman Manggis dihalau keluar rumah

PULAU PINANG – Perhimpunan kira-kira 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di sini bagi membantah arahan pengosongan unit masing-masing bertukar kecoh apabila pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri bertindak mengunci rumah-rumah penyewa terlibat hari ini.

Perhimpunan tersebut yang bermula secara aman kira-kira pukul 10 pagi bagi merayu kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk tinggal di rumah tersebut kemudiannya bertukar ‘panas’ selepas kedatangan pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri kira-kira pukul 10.30 pagi di PPR berkenaan.

Penyewa termasuk ahli keluarga yang berada di kawasan parkir PPR berkenaan untuk berhimpun kemudiannya bertindak berdiri di hadapan rumah masing-masing bagi menghalang pegawai perumahan mengunci serta menyita rumah mereka.

Difahamkan, lapan penyewa telah mendapat notis untuk mengosongkan rumah tersebut bermula hari ini namun masih enggan berpindah dan rumah mereka telah dikunci oleh pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri hari ini.

Empat penyewa pula dikatakan telah menyerahkan kunci secara sukarela manakala selebihnya masih berunding dengan kerajaan negeri. Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Seorang penyewa, Nazrimah Jamal Abidin, 44 berkata, dia mempunyai lapan orang anak berusia 24 hingga empat tahun dan empat daripanya masih bersekolah. “Saya sedar suami merupakan warga asing, tetapi kami telah tinggal di sini sejak 14 tahun yang lalu dan pada ketika itu tidak ada masalah untuk kami menyewa di sini. “Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan harian, kami tak mampu cari rumah sewa lain,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Author: fafa