Video Usop Mentor tak tolak jodoh dengan Masya Masyitah, beliau akui suka wanita berkulit cerah.

GARA-GARA bersahabat baik dengan Masya Masyitah dan kerap memuat naik video bersama membuatkan penyanyi Usop digosipkan kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta. Sampaikan ada peminat yang mengharapkan hubungan mereka lebih daripada seorang kawan. Agaknya apa yang membuatkan Usop selesa berkawan dengan Masya tu ya?

Biodata Usop Mentor | Berbekal semangat tidak mudah putus asa, jejaka bernama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor layak bergelar protege kepada penyanyi hebat tanah air, Hazama menerusi program realiti nyanyian terbitan TV3, Mentor Milenia 2017.

Mesra disapa Usop, figura kelahiran negeri jelapang padi itu menjadi sensasi sejak video ujibakat dan persembahan pertamanya tular di media-media sosial. Jangan buang masa, jom kita berkenalan lebih dekat dengan pemuda yang mempunyai suara serak basah power ini.

Biodata Usop

Nama Penuh: Muhammad Saiful Naim Muhd Noor. Nama Komersil: Usop. Tarikh Lahir: 1997. Umur: 20 Tahun (2017). Asal: Kulim, Kedah. Keluarga: anak kedua daripada tiga adik-beradik. Usop mula dikenali sejak beliau menyertai Mentor dan telah menjadi juara kerana bakatnya yang tersendiri.

Biodata Masya

Selepas menjuarai Ceria Popstar 2, Masya terus aktif dalam dunia seni. Walaupun masih lagi bergelar pelajar, Masya tetap meneruskan minat dengan menghasilkan lagu-lagu cover penyanyi popular. Boleh subscribe dan lawati channel youtube Masya seperti di bawah.

Gadis comel ini juga mempunyai ramai peminat terutamanya pelajar sekolah dan IPT. Buktinya, Instagram Masya kini telah mempunyai lebih dari 300,000 followers. Semoga terus berjaya!Biodata Masya.Nama Penuh: Siti Nur Masyitah Binti Yusoff. Nama Komersial: Masya / Masya Masyitah. Tarikh Lahir: 19 Januari 2000.

Umur: 17 Tahun (2017). Asal: Kulim, Kedah. Pendidikan: SMJK Chio Min, Kulim. Agama: Islam. Bangsa: Melayu. Warganegara: Malaysia. Pencapaian: Juara Ceria Popstar 2. Single: Teman Bintang, Halimunan. Album: Album kompilasi Ceria Popstar 2 terbitan Warner Music. Instagram: @masyitah_masya. Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/masyitahmasya. Wchat: masyitah_macya

Lebih 9 Hari di YouTube, Single Baru Usop Raih 1 Juta Tontonan

Single terbaru penyanyi Usop, Aku Yang Bersalah berjaya meraih satu juta tontonan selepas lebih sembilan hari dimuat naik di laman YouTube. Dilancarkan pada 26 Oktober lalu di saluran YouTube Rocketfuel Network, single ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi.

Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya. Berasal dari Kulim, Kedah, pemilik nama penuh Muhammad Saiful Naim Muhd

Noor ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari program Mentor Milenia tahun lalu. Biarpun baru menginjak usia 21 tahun, Usop mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mempunyai peminat serta pengikutnya tersendiri.

Pernah muncul dengan single Matahari serta Nama Terindah dan pernah diberi peluang berganding dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hazama menerusi lagu Saya Anak Malaysia, Usop kini kembali dengan lagu Aku Yang Bersalah. Seperti kebanyakan lagu berentak balada, lagu ini

menceritakan tentang kisah cinta yang didustai dan dijangka menjadi kesukaan ramai. “Jika kita bercerita tentang Usop, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah keunikan vokalnya dalam menyanyikan sesebuah lagu dan ditambah pula dengan cara nyanyiannya yang menyentuh perasaan.

“Saya yakin bakat yang dimiliki oleh Usop tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia. Saya harap peminat di luar sana akan memberikan sokongan padu terhadap Usop dan muzik yang dibawakan olehnya,” kata Feros selaku Ketua Label Muzik Rocketfuel Entertainment.

Single Aku Yang Bersalah ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Author: fafa