Wanita ini berang apabila pemilik kenderaan yang tidak dikenali tinggalkan kereta ini di garaj rumah wanita itu sudah lebih dari seminggu

Hampir seminggu buntu memikirkan pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di parkir rumahnya, seorang pengguna facebook meluahkan perasaan geram akan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut. Beliau yang tidak mengenali pemilik kenderaan itu berkata, beliau terkejut apabila individu berkenaan didakwa secara tiba-tiba tinggalkan kenderaan di parkir rumahnya tanpa diketahui tujuan.

Puas bersabar menunggu pemilik kenderaan muncul, beliau kini memberi tempoh selama tiga hari kepada pemilik kenderaan itu bagi mengambil semula kereta sebelum tiada pilihan lain selain memanggil track penunda bagi menunda kereta tersebut.

Viral kat sini kot-kot owner dapat tengok..

Assalamualaikum dan selamat petang. Saya nak tanya.. Ada tak sapa-sapa kenal dengan kereta Proton Saga bernombor plat W* **** * ni.. Saya tak tau tuan punya kereta ni sapa, kenal jauh sekali la. Saya tak tau apa tujuan dia, tiba-tiba datang rumah dan parking kereta dia kat dalam garaj kereta saya. Minta izin pun tak, tiba-tiba je kereta dia parking kat situ.

Boleh bayang tak macam mana perasaan ada orang luar yang tak dikenali datang parking kereta kat rumah kita tanpa bagitahu atau minta izin terlebih dahulu? Korang rasa?? Saya ni boleh bersabar lagi la (nak sedapkan hati mungkin tuan punya kereta ni nak tumpang sekejap je kot) walaupun terkejut tah kereta sapa la parking ni!!… TAPI SEHINGGA KE HARI NI, KERETA NI DAH PARKING LEBIH DARI SEMINGGU.

Saya minta maaf bukan nak aibkan dia. Tapi saya tak tau mcm mana cara lagi nak cari tuan punya kereta ni!! Minta tolong sangat-sangat kalau ada sapa-sapa yang kenal dengan pemilik kereta Saga ni atau dia yang sedang membaca status ini, minta tolong ALIHKAN KERETA DENGAN KADAR SEGERA!! Saya bagi tempoh 3 hari je untuk tuan punya kereta ni alihkan kereta dia. Jika selepas tempoh tersebut, kereta masih belum dialihkan, saya terpaksa panggil Truck Tunda untuk MENUNDA kereta ni.. Sekian, wassalam..

Sumber : Gabungan Anak Terengganu (Original)

Suka park kereta depan rumah jiran. Jangan risau,ini jalan penyelesaiannya.

Tentu ramai yang terkejutkan dengan fakta ini. Jika selama ini kita bebas melakukan kesalahan ini dengan meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran  sehingga menyebabkan halangan lalu lintas tapi rupa-rupanya tindakan ini salah di sisi undang-undang seperti yang termaktub di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 19867.

Menurut laman fb rasmi Polis DiRaja Malaysia, meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau di persekitarannya sehingga menyebab halangan lalulintas adalah salah di sisi undang-undang. Hal ini nampak macam remeh tapi sudah ramai orang yang bergaduh kerananya malah timbul rungutan orang awam yang mencetus kepada perbalahan dan pergaduhan.

Ternyata MELETAKKAN KENDERAAN DI HADAPAN RUMAH JIRAN ADALAH SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG. Menurut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987: “Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya,

galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955

“Barang siapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

Namun yang demikian, nasihat Admin sebaik-baiknya cuba berbincang dan berunding dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika dia enggan berunding, anda boleh menghubungi pihak majlis perbandaran dan polis untuk mempertimbangkan hal ini .

Jangan pula anda membuat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan tersebut kerana ia juga merupakan satu perbuatan tak baik. Jadi, bagi korang yang pernah lakukan hal ini, mungkin boleh menukar tindakan ini dengan tidak meletakkan kenderaan merata-rata sehingga menghalang lalu lintas. Nanti tak larat nak bayar denda dan penjara pula!

Sumber: remaja.my

10 Bulan Aku Tahan Sabar Dengan Jiran Yang Suka Hati Parking Depan Rumah, Akhirnya…

Jiran saya ini, si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia di depan pintu pagar rumah saya. Saya tak tahu dia kerja di mana tetapi dia kerap balik sekitar jam 3 pagi. Pada waktu itu, sudah tiada tempat kosong untuk dia letak kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk letak kereta dia di depan rumah saya dan hanya akan alihkan keretanya pada jam 2 petang keesokan hari.

Dia duduk di rumah bujang (rumah sewa) iaitu sebelah rumah saya. Saya sudah banyak kali mengetuk pintu pagar dia tetapi tidak pernah dilayan. Pernah sekali dua saya berjumpa dengan budak-budak penyewa yang lain di rumah itu, tetapi mereka kata mereka tidak kenal satu sama lain. Jadi, mereka tak dapat nak tolong saya panggil si bangang berkenaan.

Saya dah banyak kali tinggalkan notis di cermin kereta dia, tetapi langsung tidak dihiraukan. Kemudian saya letak notis minta nombor handphone dia agar saya dapat menghubunginya untuk mengalihkan kereta. Malangnya notis itu dibuang begitu sahaja.

Sekali dua, saya bersemuka dengan dia dan mengingatkan agar jangan letak keretanya di depan rumah saya lagi. Tetapi beberapa hari kemudian, dia mengulangi lagi perbuatannya. Jadi, saya menghubungi MBPJ dan terangkan masalah yang berlaku. Operator yang menjawab panggilan saya itu boleh pula bergurau berkata, “Kenapa tak pecahkan cermin kereta dia?”

“Kalau boleh, memang saya nak pecahkan cermin kereta dia. Si bangang itu dah letak kereta dia di depan pagar rumah sehingga menghalang laluan kereta saya untuk keluar masuk selama 10 bulan. Saya memang dah cukup bersabar dengan dia.” kata saya kepada operator berkenaan.

Operator terbabit menasihatkan aku agar bersabar dan dia akan hantar pegawai untuk saman kereta lelaki berkenaan. Sebenarnya, kita tidak boleh letak kereta sebarangan atau di mana-mana sahaja kecuali dalam petak yang disediakan oleh MBPJ. Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disaman sebanyak RM30.00. Jika saman yang dikeluarkan itu tidak dibayar, ia akan naik RM100.00.

Percaya atau tidak? Si bangang itu masih lagi meletakkan keretanya di depan pintu pagar ruah saya. Nah, tengok berapa banyak saman yang telah dikeluarkan terhadapnya. Sekali lagi saya buat aduan kepada MBPJ dan kali ini mereka menasihatkan saya membuat laporan polis.

Selesai buat laporan polis, polis datang ke rumah saya dan nampak kereta si bangang itu parking di depan rumah saya. Ketika itu, saya tiada di rumah. Jiran saya yang seorang lagi keluar dan berbincang dengan polis. Menurutnya, si bangang itu juga pernah meletak kereta di depan rumahnya, namun tidak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Polis pasang lampu siren dan ketuk pintu pagar rumah si bangang berkenaan, namun dia enggan keluar. Jadi polis memaklumkan kepada jiran saya itu bahawa mereka akan kembali lagi pada masa yang lain, sebelum beredar.

Selepas polis beredar, si bangang ini cepat-cepat keluar dan alihkan kereta dia. Selepas peristiwa itu, dia langsung tidak pernah meletakkan keretanya di depan rumah saya lagi. Saya dah cuba hidup berbaik-baik dengan jiran-jiran, tetapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup berjiran. Jadi akibatnya, dia kena bayar saman RM1,000.

Sumber : Pepper Lim

Author: Iqbal