Wanita ini kongsi rahsia sebenar buat sos pencicah Thai yang sedap dan mudah.

Nak buat sos pun kena ada ‘bakat’ tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini, pasti anda rasa puas! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sangat sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur waktu berbuka ni.

Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan… Bahan-bahan: 3 Ulas bawang putih dikopek kulit. 2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah). 1/2 cawan gula pasir. 3/4 cawan air. 1/4 cawan cuka. 1/2 sudu besar (tbsp) garam. 1 sudu besar tepung jagung

dicairkan dengan 2 susu besar air. Cara-cara: 1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung. 2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana. 3. Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat.

Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit. 4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk. Dah siapppp. Jadi boleh lah anda cuba buat untuk berbuka nanti. Tak rugi mencuba hehehe. Selamat mencuba!

Tak payah Beli Sos Dah Lepas Ni, Anda Boleh Buat Sendiri Sos Cili Manis Ala Thai Di Rumah

Jom ikuti perkongsian dari saudari Rabiaa Adawiyah ini tentang resipi atau cara untuk menghasilkan colek ala thai ataupun sos cili manis ala thai yang boleh dihasilkan sendiri di rumah dan sangat sesuai untuk dijadikan pencicah keropok, makanan bakar dan sebagainya.

Jom ikuti perkongsian bermanfaat ini. Dulu Taktahu Resepi Selalu Beli Yang Dalam Botol Putih Cap Thai. Sekarang Buat Sendiri Dah Tahan Berbulan-bulan Letak Dalam Peti. Takpayah Runsing Pening-Pening Nak Beli Kalau Nak Buat Bbq,

Sesuai Untukk Keropok, Makanan Yang Celup Tepung, Makanan Yang Bakar-bakar, Kerang Rebus dsb. Saya Nak Share Resepi COLEK ALA THAI ( COLEK AIR GULA) 1) BAHAN 1 ( BLEND HALUS) . Cili Padi 10 Biji ( Nak Pedas Boleh Lebihkan Lagi )

Cili Masak 10 Biji @ Cili Besar Merah ( Potong Kecil2 ) ½ Labu Bawang Putih . 1 Cawan Cuka . 2 Cawan Gula . 1 Sudu Teh Garam. 2) BAHAN 2 ( BAHAN UNTUK MASAK HINGGA JERNIH) 1 Cawan Cuka . ½ Cawan Gula 3 ) Masak Bahan 2 Hingga Jernih Lepastu Masukkan BAHAN2 YANG DIBLEND TADI.. Masak Sehingga Warna Merah Jernih.

Banyak Sebab Sukatan Ni Saya Buat Untuk Jualan.

Gula Dan Cuka Dimasak Jernih

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

Kacau Sampai Mendidih Dan Berubah Menjadi Jernih. (Ketulan Putih Tu Adalah Bawang Putih. Saya blend tak hancur. Nanti kalau anda buat sila blend smpai hancur ya )

Tadaaaaa!!!!! Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Tahan berbulan-bulan tau. Lagi lama simpan lagi sedap sebab sebati dah rasa bawang-bawang semua tu #COLEK NI KALAU NAK LETAK DAUN KETUMBAR PON BOLEH LAGI SEDAP. #Takfaham Boleh Tanyaa Ye 😊

#DALAM RESEPI NI SAYA DAH SUKAT UNTUK AWAK-AWAK BUAT KAT RUMAH.. DALAM GAMBAR TUU BANYAK SEBAB SAYA BUAT UNTUK JUALAN SAYA. #SAYA HALALKAN SIAPA YANG SHARE RESEPI INI.
#SELAMAT_MENCUBA!! Lagi Lama Simpan Lagi Sedap Sebab Sebati Dah Rasa Bwg2 Semua Tuu..

Sumber dari facebook Rabiaa Adawiyah

Author: fafa