Wanita ini merana berkahwin dengan lelaki tua berusia 47 tahun.

Assalamualaikum… Saya Sufia. Sekarang umur 34 dan diceraikan 2 tahun yang lalu. Saya berkahwin pada usia 23tahun dengan lelaki berumur 47 tahun (pada masa tu) sebagai isteri ke-2. Jurang usia 24tahun kadang buatkan orang salah faham, yang dia adalah ayah saya.

Hampir sepuluh tahun lamanya pernikahan kami. Gila? Mungkin. Sebagai anak tidak sah taraf, saya tak pernah berharap akan berkahwin kerana pernah berkali hungan cinta saya kecundang di tengah jalan kerana status saya. Boleh bayang kan apa perasaan bila ada lelaki cakap,

“saya minta maaf, hubungan kita setakat ni saja, mak ayah saya tak setuju hubungan kita”. Bukan sekali tapi berkali-kali.. ada juga yang beria-ria pada mulanya kemudian senyap membisu apabila dapat tahu cerita saya. Hilang bak angin lalu. Jadi hati saya seakan dah kebal.

Dan dengan dia, dia muncul di saat saya ketakutan. Takut mengenangkan nasib saya pada masa depan. Takut apa yang akan jadi pada saya kalau-kalau mak dan ayah (mak & ayah angkat yang membela saya dari umur 2 hari) pergi dulu… siapa yang akan jaga saya. Pendeknya akal masa tu.

Kalaulah KRT ni dah ada masa tu, saya rasa pertimbangan saya akan lebih waras. Dengan akal yang waras, TIDAK ADA SIAPA PUN MAHU ATAU PERNAH MENYIMPAN ANGAN-ANGAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN ORANG TUA APATAH LAGI MENJADI ISTERI KE-2. TIDAK ADA.

Tapi sebagai lelaki dewasa, dah berumahtangga, ayat-ayat nya memang tak mampu saya bangkang. Semua logik. Katanya. kahwinlah dengan dia, dia akan jaga saya. Kita akan mulakan keluarga baru dan saya akan ada keturunan dan anak sendiri nanti. Dia tak akan abaikan saya.

Dengan status saya tak ada pilihan, tak akan ada orang bujang yang nak kan saya. Keluarga mereka mesti nak kan menantu dari keturunan baik-baik. Itu kata dia. Logik akal saya masatu, “betul kata dia” Berkahwin lah kami di Thailand dengan mas kahwin RM80 yang sampai sekarang tak di beri.

Mak ayah angkat saya tahu tentang hal ni dan saya tahu mak sedih. Tapi kata mak, buatlah apa yang saya rasa betul. Apa saja yang buatkan saya bahagia, dia pun akan bahagia. Perkahwinan kami, umpama hanya perkahiwinan atas kertas. Selepas berkahwin, baru saya tahu belangnya.

Perempuan keliling pinggang. Nafkah entah kemana. Dan kami, tidak pernah tinggal bersama. Hampir setiap hari saya di hina dan di caci dengan panggilan anak harom. Sund4l. Perempuan hina dan macam-macam lagi. Pantang tanya sikit, terus di hamun.

Walau dia tidak balik, tapi gigih dia call atau text saya semata-mata untuk memaki hamun saya. Isteri pertama, saya tahu dia marahkan saya. Tapi saya sedar di mana kedudukan saya dan saya tidak pernah mencari pasal dengannya. Dia pun tidak pernah mengapa-apakan saya. Mugkin dia pun sudah lali dengan perangai suaminya.

Dengan keadaan perkahwinan yang sebegitu, Alhamdulillah, saya tidak dikurniakan zuriat. Masuk tahun ke-10, kesabaran saya sudah berakhir. Kisah curang suami saya dengan perempuan simpanannya yang juga isteri orang buatkan saya sudah tidak mampu bertahan. Saya mengamuk.

Bukan kerana cemburu. Sayang juga jauh sekali. Tapi mungkin lebih kerana dendam. 10 tahun hidup saya tersiakan di bawa balik teman wanitanya ke rumah saya sewaktu saya tiada emosi mengatasi akal saya kerjakan teman wanita dia sekuat hati. Sehingga dia dimasukkan ke hospital.

Mungkin ada yang mempertikai, buat apa pukul si perempuan..betul, tindakan saya tidak patut. Tapi masa tu, saya teringat pesanan anak tiri saya yang rapat dengan saya. Dia pernah pesan pada saya, katanya, “walaupun abah macam tu, tapi Manja sayang abah…

Manja rayu kat makcik, walau apa pun terjadi, tolong jangan apa-apakan abah”… kasihnya seorang anak. Tapi balasan dia? Kami berdua di masukkan ke dalam pintu pagar besi. Suami saya sendiri yang melaporkan pada polis yang saya memukul teman wanitanya.

Anak tiri saya pula di tuduh mengungut. Hebatnya cinta agung mereka. 10tahun. Segalanya berakhir. Dibuangnya saya sebegitu saja. Sehelai sepinggang tanpa sesen pun nafkah. Selama saya sendirian, bekas madu saya yang banyak membantu.. tak cukup makan, di hantarkan makan..

tak cukup duit, di hulurkan belanja… mungkin dia kesiankan saya atas apa yang berlaku. Setelah 2 tahun berlalu, saya nak minta pendapat tuan-tuan dan puan-puan di sini… saya nak tahu caranya. Perceraian kami sudah disahkan mahkamah.

Tapi bagaimana saya nak menuntut nafkah edah & mutaah yang tertunggak ni… 1 sen tidak pernah dihulur. sebelum ni saya mengharapkan dia akan selesaikan di luar mahkamah. Tapi nampaknya dia mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur saya.. Betul duit bukan segala-galanya.. tapi segala-galanya perlukan duit.

Sekurang-kurangnya kalau dapat sedikit duit, saya boleh mulakan perniagaan dan bina hidup baru. P/s: sudah 2 tahun juga bekas suami saya tidak tinggal dengan isteri pertamanya. Dia tinggal dengan teman wanitanya. Suami teman wanitanya pula tinggal di penang…teman wanitanya kini berusia 55tahun.

Author: fafa