Wanita ini terkejut setelah mendapati mee yang sedang dimakan mengandungi anak tikus.

Aspek kebersihan sememangnya menjadi elemen paling penting dalam penyediaan makanan, terutama restoran kerana pelanggan memilih makanan yang bersih dan menyihatkan. Namun, seorang wanita ternyata kecewa apabila juadah yang dibelinya di sebuah restoran mengandungi bahan yang cukup mengggelikan yaitu tikus.

Menerusi posting di Fb baru-baru ini, Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio memuat naik video hidangan ayam teriyaki yang mengandungi anak tikus. Ujarnya, makanan itu dibeli dari sebuah pasaraya di Colombus dan dia hanya menyedari perkara itu setelah pulang ke rumah.

Perkongsian itu pantas menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, ramai yang menyatakan rasa simpati mereka terhadap Cortes. ASPEK kebersihan sememangnya menjadi elemen paling penting dalam penyediaan makanan.

Namun, seorang wanita ternyata kecewa apabila juadah yang dibelinya mengandungi bahan yang cukup menjijikkan. Menerusi posting di Facebook baru-baru ini, Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio memuat naik video hidangan ayam teriyaki yang mengandungi anak tikus.

Ujarnya, makanan itu dibeli dari sebuah pasaraya di Colombus dan dia hanya menyedari perkara itu setelah pTerulang ke rumah. Perkongsian itu pantas menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, ramai yang menyatakan rasa simpati mereka terhadap Cortes.

Sumber – mStar

Jumpa Pad Wanita Dalam Makanan, Wanita Ini Terima Pampasan Tinggi

Apa yang anda akan buat jika sedang enak menikmati makanan kegemaran di sebuah restoran dan menjumpai ‘bendasing’ yang menjijikkan? Putus terus selera kan. Ini yang berlaku kepada seorang wanita di Shenzhen, China apabila menjumpai tuala wanita dalam makanan panas yang dipesannya di salah sebuah restoran di daerah itu.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati set hidangan stimbot sebelum menjumpai sesuatu yang pelik yang disangkakannya daging, rupa-rupanya tuala wanita!! Sangat menjijikkan dan takboleh diterima tuala wanita yang kotor itu dijumpai di dalam makanan.

Rentetan dari kejadian itu, wanita tersebut telah melaporkan kepada pengurus restoran, namun mereka menegaskan bahawa ‘bendasing’ tersebut sebenarnya adalah kertas pembalut daging.

Menerusi laporan Nextshark, wanita itu tetap menegaskan bahawa apa yang dijumpai dalam makanannya adalah tuala wanita dan tetap meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan (RM600,000) sebagai ganti rugi. Setelah rundingan kedua-dua pihak, akhirnya pihak restoran bersetuju untuk

membayar pampasan tersebut iaitu sebanyak RM400,000 bagi tidak memanjangkan isu tersebut. Ingatkan kes ini sudah terhenti setakat itu. Namun, kejadian yang sama berulang dan tular sekali lagi apabila wanita tersebut telah menjumpai ‘bendasing’ yang sama iaitu tuala wanita di

dalam mangkuk rebusan yang dipesannya di salah sebuah restoran stimbot rangkaian lain. Daripada apa yang telah dikecohkan oleh wanita itu, rata-rata netizen mengecamnya dan menganggap wanita tersebut sengaja mencetuskan kontroversi dan mempunyai rancangan untuk mendapatkan wang pampasan dengan cara mudah.

Sumber: Nextshark

Nyaris Termakan Lipas Dalam Hidangan Spageti Aglio Olio

PETALING JAYA – Keterujaan seorang pelanggan berkunjung ke sebuah restoran bersama keluarganya untuk menikmati makan malam bertukar mimpi ngeri apabila sesuatu yang menggelikan ditemui dalam hidangannya.

Beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan hidangan spageti di sebuah pinggan hampir licin, yang tinggal hanya beberapa ekor kupang (mussel). Namun, jika dilihat dengan teliti, terdapat seekor lipas tidak bernyawa ‘bersarang’ di dalam salah satu kupang di atas pinggan tersebut.

“My enemy is finding new ways to get to me (musuh saya mencari cara baharu untuk datang kepada saya,” menurut satu posting mengenai lipas tersebut di Twitter @ashrafariff pada Khamis. Bagaimanapun, status mengenai lipas di dalam makanan tersebut merujuk kepada pengalaman

yang dialami oleh anak saudara perempuannya yang berusia 18 tahun. Gadis malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ameera berkata, kejadian nyaris termakan lipas itu berlaku pada malam Selasa lalu, di sebuah restoran terkenal yang menyajikan makanan laut di sebuah pusat

beli-belah di Shah Alam. Malah dia turut berkongsi pengalaman menjijikkan itu di akaun Twitternya yang secara sinis menyebut: “Saya ada seekor lipas tidak hidup di dalam makanan saya. Saya tak akan kiokkk kan… maksud saya memang ada orang yang makan lipas.”

“Ketika itu, saya bersama keluarga sedang makan malam di restoran terkenal tersebut. Saya memilih spageti aglio olio sebab ada kupang, antara makanan laut kegemaran. “Seperti kebiasaan, saya akan makan spageti atau sajian utama terlebih dahulu,

simpan kupang untuk diratah kemudian. Macam save the best for last (simpan yang terbaik untuk yang terakhir),” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat. Pelajar di sebuah kolej di Melaka itu bagaimanapun terkejut apabila menemui seekor lipas yang sudah

tak bernyawa berada di dalam salah satu kupang di atas pinggannya yang masih berbaki sedikit spageti. “Saya sangat terkejut. Nak jerit pun tak boleh, terkedu lidah. Tapi saya beritahu ayah pasal lipas tu. Ayah pun terkejut sebelum ambil gambar-gambar lipas dalam kupang dan panggil pengurus

restoran sambil marah-marah. “Pengurus restoran turut terkejut, meminta maaf dan memberitahu makan malam kami sekeluarga tidak dikenakan bayaran. Tapi, kami semua kecewa lalu tinggalkan makanan yang belum sempat habis dimakan dan beredar,” katanya anak kedua daripada tiga beradik ini.

Menurut Ameera, dia sememangnya fobia dengan serangga perosak itu dan pernah melalui pengalaman menggelikan beberapa tahun lalu, apabila dihampiri seekor lipas terbang yang keluar dari penyaman udara di ruang tamu rumah. “Tengok lipas tak bergerak pun saya geli,

apatah lagi yang terbang, saya lari masuk bilik. Inikan pula lipas dalam makanan saya, yang elok tersepit di celah kupang tu. “Saya trauma nak makan kupang lagi buat masa ni. Rasa geli pun ada. Saya harap pihak pengurusan di restoran berkenaan mengambil tindakan sewajarnya agar

perkara ini tidak berulang,” katanya dengan nada kesal. Sementara itu, pengurus restoran berkenaan ketika dihubungi mStar Online mengesahkan aduan penemuan lipas dalam makanan yang dibuat oleh sebuah keluarga pada malam Selasa lalu.

Pengurus yang hanya mahu dikenali sebagai Nas itu menjelaskan pihaknya sentiasa mengamalkan kebersihan dan pembersihan menjadi rutin operasi harian mereka. “Kami kini menjalankan siasatan mengenai punca yang menyebabkan lipas itu berada di dalam makanan pelanggan tersebut.

Kami periksa dari dapur sehingga ke luar sekitar restoran. “Bagaimanapun, kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami keluarga berkenaan. Kami sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terutama dari segi kebersihan,” katanya. – mstar

Author: fafa