Wanita kening bersambung adalah wanita yang kreatif dan unik.

Ramai yang selalu memandang rendah terhadap wanita yang memiliki kening bersambung. Namun tahukah anda, wanita kening bersambung tanda seorang yang unik dan kreatif? Setiap ciptaan Allah s.w.t adalah sempurna dan mempunyai keistimewaan tersendiri,

jika anda suka mengutuk fizikal orang lain, bermakna anda telah memperkeh dan menidakkan kekuasaan yang maha Esa. Setiap satu yang ada pada tubuh badan wanita itu mempunyai keistimewaannya tersendiri, malah ada yang berpendapat setiap satunya berkait rapat dengan personaliti individu itu sendiri.

Antara yang sering diperkatakan ialah bentuk kening wanita, ada diantara kita memiliki berlainan bentuk kening, ada yang nipis, tebal, malah ada yang keningnya bersambung. Malah ada diantara mereka yang berkening sambung berpeluang menjadi top model antarabangsa! Siapa kata wanita berkening tebal dan bersambung tidak cantik?

Jarang kita jumpa mereka memiliki kening bersambung ini, mereka yang berkening sambung sememangnya seorang yang agak unik dan istimewa. Biasanya orang yang memiliki kening begini merupakan seorang yang unik dan kreatif.

Tapi mereka juga suka berkhayal dan memiliki kecenderungan untuk menilai orang sekeliling. Suka bersendirian dan sebenarnya sangat peramah jika anda yang mulakan dahulu perbualan, ini kerana mereka seorang pemalu. Sekian petikan dari Theasianparent.

Rupa kening lambang personaliti? Jom tengok personaliti anda bagaimana

Kalau anda nak tahu, bentuk kening juga boleh menggambarkan personaliti anda. Tapi hanya bentuk yang asal ya! Yang mana satu bentuk kening anda? Jika anda perhatikan, ramai yang mementingkan bentuk kening. Ada yang suka tebal ada yang suka nipis.

Kadang-kadang ada yang mengambil masa berjam-jam hanya untuk bentuk kening mereka. Kalau anda nak tahu, bentuk kening juga boleh menggambarkan personaliti anda. Tapi hanya bentuk yang asal ya! Jadi, yang mana satu bentuk kening anda? Jom kita tengok…

1. Kening penuh

Orang yang keningnya tebal dan penuh ini adalah orang yang aktif, percaya pada diri sendiri, dan rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Bekerja keras dan tegas juga adalah antara personaliti si kening tebal ini. Haa siapa yang kening tebal tu?? hehehe

2. Kening nipis

Pemilik kening nipis ini biasanya susah untuk membuat keputusan hingga memerlukan bantuan orang lain untuk memberi cadangan. Mereka juga tidak suka mengambil risiko sehingga perlu berfikir lama sebelum membuat sesuatu. Dia suka berkumpul bersama rakan-rakannya kerana boleh meningkatkan keyakinan diri.

3. Kening bersambung

Kajol adalah antara orang yang memiliki kening yang bersambung ini. Biasanya orang yang memiliki kening begini merupakan seorang yang unik dan kreatif. Tapi mereka juga suka berkhayal dan memiliki kecenderungan untuk menilai orang sekeliling.

4. Kening pendek

Orang yang memiliki kening ini tidak boleh mengurus stress mereka dengan baik. Mereka memerlukan hidup tanpa stress tetapi selali memilih untuk melakukan banyak kerja. Mereka juga tidak sukakan drama dan sering fokus dalam melakukan sesuatu.

5. Kening panjang

Pemilik kening ini senang untuk menghadapi cabaran kerana dia merupakan orang yang suka menyelesaikan masalah. Mereka mudah menyelesaikan masalah peribadi atau pekerjaan. Mereka juga sangat suka berdaya saing dan bekerja keras.

6. Kening melengkung

Orang yang kening melengkung ini seorang yang sangat peramahhhh peramah dan mudah didekati, oleh itu dia disukai ramai orang. Selain dari pandai berkomunikasi, mereka sering berfikir tentang orang lain selain diri mereka sendiri.

7. Kening tinggi

Bentuk kening yang tinggi menandakan yang mereka ini sangat memilih dan cergas. Mereka suka pertimbangkan sesuatu sebelum mengambil keputusan. Oleh itu mereka tidak suka orang memaksanya untuk mengambil keputusan secara cepat dan spontan.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Author: fafa