Wanita yang suka merampas suami orang sebenarnya mengalami masalah jiwa

Nampaknya makin banyak kes suami isteri berpisah kerana orang ketiga, mereka yang suka melihat tangisan dan rasa gembira atas penderitaan orang lain sebenarnya mengalami masalah jiwa. Bagi mereka, hanya keinginan mereka sahaja yang harus dipenuhi.

Mereka inginkan bahagia tetapi melalui penderitaan orang lain. Bagi mereka, mereka rasa satu kepuasan apabila melihat orang derita akibat dari perbuatannya itu. Rasa tidak senang duduk kerana melihat kebahagiaan orang lain, walaupun dengan adik beradik ataupun dengan sahabat sendiri.

Masalah jiwa seperti ini mampu memadamkan jiwanya sendiri jika tidak dapat memuaskan hati dan kehendaknya. Jika tidak dikawal perasaan itu, kemungkinan besar akan berlakunya kes – kes yang mengundang bahaya kepada nyawa sendiri dan gila!

Sering kali anda mendengar, mereka yang suka menghancurkan rumahtangga orang lain tidak akan sesekali menyesali akan perbuatannya itu, malah akan lebih rasa gembira dan berbangga dengan kejayaan nya. Ianya ada persamaan dengan sikap orang gila, dimana mereka tidak akan

memikirkan perasaan orang lain dan tidak mengendahkan keperitan yang ditanggung oleh mangsa akibat perbuatannya itu. Sekiranya seorang individu tersebut normal, tidak mungkin dia akan tergamak menghancurkan rumahtangga orang lain hanya kerana kehendak nafsunya yang kuat untuk memiliki.

Mereka juga sering dikatakan seorang yang suka kikis duit lelaki, bagi mereka lelaki yang sudah berkahwin lebih stabil dari segi kewangan. Sebaiknya hindari dari berkawan rapat dengan suami orang. Jaga batasan dan jaga maruah seorang wanita, jangan terlalu mudah menyerahkan jiwa kepada suami orang. Jangan biarkan diri anda dianggap sebagai pemusnah rumahtangga orang.

Ini Sebab Kenapa Lelaki Sukar Memahami Wanita

Wanita sememangnya sukar untuk difahami, bukan semua lelaki mampu memahami mereka melainkan ayah mereka sendiri. Sememangnya hanya seorang ayah yang mampu memahami anak perempuannya dengan baik. Sikap yang sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki,

sentiasa mahu difahami namun tidak mahu memahami, membuatkan lelaki jadi binggung, apa sebenarnya mereka mahu? Tidak tahu mengapa anda sering marah. Mereka bukan tidak mahu memujuk, tetapi oleh kerana anda seorang yang sentiasa dingin dan tidak tahu apa puncanya,

membuatkan lelaki menjadi serba salah dan tertanya-tanya adakah mereka ada melakukan kesalahan. Anda seharusnya memberitahu kepada mereka apa masalah anda sebenarnya dan mengapa anda memarahi mereka.Otak lelaki kosong . Satu fakta yang perlu anda terima tentang orang lelaki ialah otak mereka kosong!

Jika anda fikir mereka mampu memahami kehendak anda, kemungkinan anda salah. Kurang peka . Anda jangan ingat semua lelaki peka dengan bahasa badan wanita ya, ada sesetengah dari mereka tidak menghiraukan anda walaupun bahasa badan anda menunjukkan anda sedang merajuk. Bagi mereka, selagi anda tidak menjelaskan yang anda sedang merajuk,

kemungkinan besar mereka tidak akan mengendahkan bahasa badan anda itu dan menganggap anda baik-baik sahaja. Sebagai pasangan yang baik, anda sepatutnya lebih bertolak ansur. Jika pasangan anda seorang yang agak lurus, anda seharusnya berterus terang supaya pasangan anda tidak merasa tertekan dengan sikap dingin anda itu. Sekian petikan dari wanista.com

Author: fafa