Warganet terkejut ingat Lufya umum untuk buka tudung selepas berpisah, ini penjelasan mengejut Lufya.

“BUKAN saya yang umumkan buka tudung lepas berpisah,” kata penyanyi dan pelakon, Lufya Omar bagi menjawab pertanyaan peminat di Instagram (IG). Penjelasan Lufya, 34, atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar itu disebabkan timbul kekeliruan antara dirinya dengan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie yang mengumumkan membuka tudung di IG semalam.

Menerusi status sama, Lufya berkata, dia mula memakai tudung sebelum berkenalan dengan suami, Dr Che Muhammad Hafiz lagi.

Lufya juga berharap peminat dapat mendoakan dirinya supaya terus kuat berdepan dengan segala ujian. “Buang yang keruh ambil yang jernih. Moga segala ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Doakan saya kuat,” katanya. Untuk rekod, ini bukan kali pertama peminat keliru antara Lufya dan Zarina. Malah, ramai juga menganggap mereka seperti adik-beradik kembar.

Sumber : Sinar Viral

Artikel sebelum : Akhirnya terjawab status perkahwinan Dr Che Hafiz dan Lufya terlerai jua..

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya itu minggu lalu. Jelas Dr Che Hafiz, perkara tersebut dilafazkannya menerusi aplikasi WhatsApp selepas perbincangan  untuk menjernihkan keadaan seperti menemui jalan buntu.

“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta perpisahan. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga. “Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat,” jelasnya kepada MH.

Ditanya mengenai apakah punca sebenar hingga membawa kepada konflik tersebut, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut. Sebaliknya, dia mengharapkan agar apa yang telah berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik. “Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga.  Namun saya mengharapkan agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi.

“Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan,” katanya yang tidak lagi tinggal sebumbung kira-kira tiga bulan lalu. Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga bintang Mahar Tanpa Cinta berusia 34 tahun itu mulai diperkatakan apabila dirinya ada memuat naik status yang antara lain menyentuh isu berkaitan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam Lufya bagi mengelakkan sebarang telahan dibuat warganet. Sekadar imbasan, Lufya dan Hafiz diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri yant diberima Laana Haura, kini berusia dua tahun.

Sumber : MH

Lufya dakwa dikhianati oleh suami sendiri, suami buat hal sampai block di ig

PELAKON Lufya Omar mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri. Lebih mengejutkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, suaminya juga didakwa pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

“Follow, unfollow, blocked? Follow, unfollow… blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? “Sejak tiga bulan kita berkahwin, kau dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. “Lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Aku diam, sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi dan kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali!” katanya.

Lufya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab suaminya di laman Instagram. Lufya membuat dakwaan serius itu menerusi sebuah posting di Instagram miliknya pada Khamis. Menerusi perkongsian itu, Lufya turut memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun Instagram miliknya disekat oleh suaminya.

Selain itu, Lufya berkata, dia turut mengalami kemurungan selain luka pada bahagian badan akibat perlakuan suaminya. “Enough is enough… Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. “Aku pernah sakit, aku kemurungan, tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaanya.

Lufya sebelum ini tidak pernah mendedahkan perihal rumah tangganya kepada umum. “Kesabaran aku diduga terlalu lama. Luka dekat badan tak sesakit luka dekat dalam hati ni. Thank you so much!” tulisnya. Dalam pada itu, Lufya berkata, dia tidak berniat untuk membuka aib suaminya namun kesabarannya itu sudah sampai pada tahapnya maksimum.

Katanya, suaminya itu turut membuat fitnah terhadap dirinya semata-mata mahu menyelamatkan diri sendiri. “Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! “Dah cukup lama aku bersabar… Dah cukup lama aku dianiaya!

Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri. “Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri,” katanya. Pelakon Lufya selamat bergelar isteri kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharum dengan sekali lafaz pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Laana Haura yang kini berusia dua tahun. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Lufya memohon agar wanita itu bersabar dan terus kuat demi anak.

Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017. p/s: Apa-apa pun kami mengharapkan kemelut yang sedang melanda rumah tangga mereka dapat di selesaikan dengan sebaik mungkin. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

“Sekarang Merupakan Masa Yang Sesuai Untuk …..”

Pelakon Lufya Omar mengakui mahu kembali aktif berlakon semula selepas tiga tahun tidak menerima sebarang lakonan. Menurut Lufya, sebelum ini dia banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anaknya, Laana Haura.

“Saya masih aktif dalam pengacaraan dan saya juga sering melakukan kemunculan pada setiap kali acara yang diadakan. “Cuma sebelum ini saya banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak dahulu selama tiga tahun.

“Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya kembali aktif berlakon setelah tiga tahun tidak menerima sebarang tawaran. “Sekarang anak saya pun sudah hampir berusia 2 tahun jadi saya rasa dah boleh kembali untuk aktif semula,” katanya kepada Gempak.

Tambah Lufya, sebelum ini dia ada juga menerima tawaran lakonan sebagai watak utama namun terpaksa menolak secara baik. “Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan kepada saya cuma masa tidak sesuai walaupun tawaran yang diberikan adalah sebagai pelakon utama,” ujarnya.

Lufya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara, pada Selasa. Lufya dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura.

Sumber gempak

Untuk apa dia malukan saya begitu? – Lufya Omar

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lufya Omar terkilan dengan sikap biadap seorang artis veteran yang mempersenda susuk tubuhnya yang berisi selepas melahirkan anak ketika bertemu pada sebuah majlis, baru-baru ini. Lufya, 33, berkata, dia terguris dengan perlakuan artis veteran itu yang seolah-olah sengaja mahu memalukannya di depan orang ramai,

sedangkan dia berusaha keras mendapatkan semula berat badan ideal sejak hampir setahun lalu . “Bayangkan, dia dengan selamba mempersenda bentuk tubuh saya yang berisi depan orang ramai, sebelum berlalu pergi. Apa tujuan dia berbuat begitu?

“Mungkin ada yang menganggap ini perkara kecil, tetapi sebagai manusia, semestinya saya terasa. Apatah lagi kejadian itu berlaku depan ramai orang. “Jika dia mahu memberikan nasihat supaya saya menjaga penampilan selepas menjadi ibu, saya boleh terima.

Tetapi, apa yang dikatakannya itu tidak berhemah dan sangat mengguris perasaan,” katanya. Tambah Lufya, dia yakin, di luar sana ramai wanita berdepan situasi yang sama. Baginya, perbuatan memperlekeh susuk tubuh seseorang boleh menghilangkan semangat mereka yang berusaha keras mendapatkan semula berat ideal.

Pelakon yang popular menerusi drama, Ramadan Jangan Pergi itu berkata, sudah tiba masa untuk masyarakat membuka minda dan tidak mengeluarkan perkataan yang seolah-olah sengaja mempersenda fizikal orang lain. “Setiap orang ada dugaan dan cabaran tersendiri dalam usaha mendapatkan berat yang diimpikan. Saya juga sedang melalui situasi itu.

“Walaupun berjaya menurunkan lebih 20 kilogram selepas melahirkan bayi sulung hampir setahun lalu, saya masih bersusah payah menurunkan berat supaya nampak lebih menarik di skrin televisyen,” ujarnya. Menurut Lufya, sebelum ini, dia sanggup tolak beberapa tawaran berlakon kerana

belum bersedia untuk muncul di skrin televisyen kerana perubahan susuk tubuhnya. “Alhamdulillah, berat badan saya sudah mencecah 68 kilogram dan saya sedang berusaha untuk susut lagi. Mungkin dalam sebulan lagi baru saya yakin dan bersedia untuk kembali aktif berlakon,” katanya.

Sumber BH

Author: pyka