Zara Zya dan Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan

PELAKON Zara Zya selamat mengikat tali pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.Menurut laporan Berita Harian, Hafreez berkata mereka tidak berniat menyembunyikan majlis pertunangan itu, namun hanya ingin memberi ruang kepada keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih dekat.

“Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berlangsung dengan lancar. Mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan.”Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.

“Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat,” katanya.

Zara dan Hafreez merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Sebelum itu, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara Zya pada 8 September lalu.Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.Dalam majlis tersebut, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.”Terima kasih atas doa semua. Saya berharap semua urusan kami dipermudahkan. Pengalaman lalu juga banyak mengajar kami menjadi pasangan yang lebih baik,” katanya.

artikel lain:Hafreez Adam dah jumpa ibu dan kakak Zara Zya

PELAKON Zara Zya memberitahu kekasihnya, pelakon Hafreez Adam sudah bertemu dengan ibu dan kakaknya namun belum berkesempatan berjumpa dengan bapanya.Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, berkata dia tidak berani berkata lebih mengenai hubungan mereka dan hanya berserah kepada Hafreez.

“Keluarga saya tiada masalah dengan hubungan kami. Dia pun dah pernah jumpa ibu dan kakak saya.”Cuma dia belum ada masa yang sesuai untuk berjumpa dengan ayah saya. Buat masa sekarang saya ikut sahaja.

Zara dan Hafreez mula rapat sejak tahun lalu.

“Tak berani nak kata apa-apa sebab orang sentiasa menunggu. Apa-apa pun semuanya terserah pada dia,” kata Zara kepada mStar Online.Menurut Zara lagi, dia dan Hafreez terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka kerana ingin bersikap jujur tanpa berselindung.

“Saya tak ada masa nak sorok-sorok. Ramai yang tanya kenapa saya dan Hafreez lebih terbuka. Kalau ikutkan saya memang jenis jujur kalau ada apa-apa saya mesti kongsi.”Sebab kalau terkantoi, saya tak pandai nak sorok. Saya rasa ada saja pasangan selebriti yang terbuka bercerita mengenai hubungan mereka cuma tak dapat perhatian.

Zara Zya.

“Mungkin kami yang bertuah kerana orang sentiasa nak ambil tahu,” ujarnya.Dalam pada itu, pasangan gandingan menerusi drama Mona Lisa ini tidak ada perancangan untuk menyambut hari raya bersama.Namun sekiranya mereka berdua mempunyai masa terluang, mungkin akan datang beraya di rumah masing-masing. 

“Saya dan dia tak ada rancang nak beraya sama pun tapi kalau dia nak datang raya rumah saya atau saya nak datang rumah dia, boleh saja,” katanya yang hanya menyambut hari raya di Perak.Zara dan pelakon drama bersiri Gantung itu mula rapat di set penggambaran drama Mona Lisa sejak tahun lalu.

Author: pyka